Malay

Allah mendengar

Oleh Jinan Yousef | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IX | Bahagian XBahagian XIBahagian XIIBahagian XIIIBahagian XIVBahagian XV|Bahagian XVIBahagian XVIIBahagian XVIIIBahagian XIXBahagian XXBahagian XXIBahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

400097737_a905fc70df_oAlhamdulillah, kita telah sampai hampir separuh jalan menuju keapda rakaat solat. Sekarang, kita patut berhenti sejenak dan tanya diri kita, “Adakah solat aku bertambah bagus? Adakah aku rasa lebih dekat dengan Allah?”

 

Adalah mudah untuk mengimbas lalu semua artikel di sini mengambil isi barang satu dua, tapi adalah penting untuk membaca artikel-artikel ini dengan niat asal. Saya hanya sedar betapa ada kekurangan dalam solat saya setelah menonton siri-siri ini dan lihat setiap kedudukan dalam solat ada makna yang mendalam dan member makna untuk berhubung dengan Allah.

Bangun dari rukuk

Selepas rukuk, baginda ﷺ akan meluruskan belakangnya dan menyebut:

سمع الله لمن حمده

“Allah mendengar orang yang memujiNya.” (Bukhari & Muslim)

Baginda juga berkata “tidak sempurna solat seseorang itu sehingga…dia telah mengangkat takbir…dan rukuk…dan menyebut ‘sami’ Allahu liman hamidah’ sehingga dia berdiri tegak.” (Abu Dawud).

Kebanyakan kita gopoh pada bahagian ini; sebaik sahaja kita berdiri selepas rukuk, kita terus bersujud. Namun, apabila Rasulullah ﷺ balik kepada kedudukan tegak, baginda akan berdiri tegak sehingga semua tulang belakangnya balik kepada kedudukan asal (Bukhari). Seperti dalam artikel lepas, baginda selalunya rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud dengan tempoh yang hampir sama (Bukhari).

Tangan diangkat ketika takbiratul ihram (takbir pertama dalam solat). Kemudian diletakkan pada dada, ketika kita membaca surah, atau di sebelah tepi.

Doa

Ada pelbagai doa; saya hanya senaraikan sedikit di sini:

ربنا ولك الحمد

Rabbana wa laka al-hamd.

“Wahai Tuhan kami, dan kepadaMu segala puji.” (Bukhari/Muslim)

ربنا لك الحمد

Rabbana laka al-hamd.

“Wahai Tuhan kami, kepadaMu segala puji.” (Bukhari/Muslim)

ربنا ولك الحمد، حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه

Rabbana wa laka al-hamd, hamdan katheeran, tayyiban mubarakan feeh.

“Wahai Tuhan kami, dan kepadaMu segala puji, segala pujian yang suci, inherently blessed.” (Malik)

Kenapa tidak sebut “Allahuakbar”?

Di antara setiap pergerakan kita sebut Allahuakbar kecuali bahagian ini. Kenapa? Kerana kita bersedia untuk sujud. Kita tahu ketika sujud, kita berada sangat dekat dengan Allah, dan ketika inilah doa diajukan. Oleh itu kita bersedia dengan memuji Allah (kerana Allah mendengar orang yang memujiNya, dan ini juga adalah adab berdoa) dan kemudiannya berdoa dalam sujud.

Semoga Allah memudahkan kita menyempurnakan solat kita supaya hati kita lebih dekat denganNya. Amin.

About the author

Malay Translator

4 Comments

Leave a Reply to World of Islam » Blog Archive » Gibt es Kopftuchzwang im Islam? www.PierreVogel.de X