Malay

Dimensi wudhuk

Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IX | Bahagian X | Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Penyucian Dalaman

Wudhuk menyucikan luaran kita supaya kita dapat menunaikan solat. Sekarang kita telah menyucikan bahagian luar, kita perlu fikir tentang menyucikan bahagian dalam – dan wudhuk juga membantu kita melakukannya. Ibn Al-Qayyim berkata:

اذا لقي العبد ربه يوم القيامة قبل الطهر التام فإنه لا يؤذن له بالدخول عليه كما أنه لا يؤذن له ان يدخل على ريه للصلاة الا بطهارة

“Jika seorang hamba bertemu Tuhannya pada Hari Akhirat tanpa penyucian yang sempurna (iaitu daripada dosa), maka dia tidak akan dibenarkan masuk [jannah] – Begitu juga, seseorang itu tidak dibenarkan bertemu Tuhannya dalam solat melainkan dalam keadaan suci.”

Mari kita renungkan sejenak tentang doa yang dibaca selepas wudhuk:

اللهم اجعلني من التوابين واجعلني من المتطهرين

“Ya Allah jadikan aku antara orang yang bertaubat kepadaMu dan jadikan aku antara orang yang menyucikan diri mereka.” (Tirmidhi)

Jadi, sebelum seseorang itu mencantikkan dirinya untuk bertemu Allah, dia perlu membersihkan dirinya daripada dosa-dosa. Cuba bayangkan: jika anda mahu memakai baju baru, basuh dulu baru mewangikannya, atau wangikannya kemudian basuh? Mesti anda akan basuh dulu.

Uthman r.a. berkata Rasulullah ﷺ bersabda:

من توضأ فأحسن الوضوء خرجت خطاياه من جسده حتى تخرج من تحت أظفاره

“Seseorang yang mengambil wudhuk dengan sempurna akan digugurkan dosa dari tubuhnya, termasuk dosa-dosa dari bawah kukunya.” (Muslim)

Dan dalam satu riwayat oleh Abu Hurairah, dikatakan dosa itu gugur “dengan titisan air yang terakhir” (Muslim).

Subhanallah betapa wudhuk boleh menghapuskan dosa, apabila membuat persiapan untuk bertemu dengan Allah. Telah diriwayatkan daripada Uthman bin Affan (ra):

إن العبد إذا دعا ‏ ‏بوضوء ‏ ‏فغسل وجهه حط الله عنه كل خطيئة أصابها بوجهه فإذا غسل ذراعيه كان كذلك وإن مسح برأسه ‏ ‏كان كذلك وإذا طهر قدميه كان كذلك

“Apabila seorang hamba [Allah] membersihkan mukanya (semasa berwdhuk), segala dosa mukanya akan dihapuskan, apabila dia membersihkan tangannya, perkara yang sama juga berlaku, apabila dia membersihkan kepalanya, perkara yang sama juga berlaku dan apabila dia membasuh kakinya perkara yang sama juga berlaku” (Ahmad).

Jadi bayangkan dosa-dosa yang kita lakukan dengan mata kita akan dihapuskan, dan dengan telinga, juga akan dihapuskan, begitulah seterusnya. Apabila kita mengambil wudhuk nanti, kita perlu bayangkan seolah-olah kita melihat dosa-dosa itu gugur. Dan selalulah bersangka baik dengan Allah bahawa dia akan mengampunkan (untuk imbas kembali, sila rujuk artikel Rajah).

Abu Hurairah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Patutkah aku tidak menunjukkan kamu bagaimana Allah menghapuskan dosa dan meninggikan darjat?” Mereka menjawab, “Pastinya wahai Rasulullah.” Baginda menjawab:

إسباغ الوضوء على المكاره وكثرة الخطا إلى المساجد وانتظار الصلاة بعد الصلاة فذلكم الرباط فذلكم الرباط فذلكم الرباط

“Mengambil wudhuk dengan sempurna walaupun dalam kesusahan, memperbanyakkan langkah untuk ke masjid, dan menunggu masuk waktu solat yang seterusnya setelah selesai menunaikan solat, dan itulah suatu peringatan.” (Muslim).

Lakukan sesuka hati anda?

Seseorang mungkin berkata, “Jadi, baguslah aku boleh buat dosa sebanyak mana pun, lepas tu ambil wudhuk. Aku ada peluang percuma!” Tapi ini tidak benar. Kita tidak patut mempermainkan rahmat Allah dengan kemungkaran yang dirancang. Allah berfirman:

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

“Dan mereka [orang-orang kafir] merancang, dan Allah merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang” (Qur’an, 3:54).

Apa yang Allah akan lakukan? Dia boleh menarik kelebihan wudhuk daripada kita kerana mempermainkan rahmatNya.

Tanda Wudhuk

Kita semua tahu hadis di mana Rasulullah melalui sebuah perkuburan dan berkata:

“Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepada kamu semua wahai orang beriman. Dan sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kamu. Aku teringin sangat melihat saudara kita.” Para sahabat terkejut dan bertanya, “Bukankah kami adalah saudaramu ya Rasulullah?” Rasulullah ﷺ bersabda, “Kamu semua adalah sahabatku, sedangkan saudaraku ialah mereka yang belum datang.

Sahabat bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimana kamu mengetahui umatmu yang akan datang selepasmu? Rasulullah SAW bersabda, “Bukankah kalian mengetahui mengenai seseorang yang memiliki kuda dengan tanda putih di dahinya di antara kuda yang sangat hitam? Apakah ia boleh mengenali kudanya?”

Para sahabat menjawab, “Ya.”

Baginda SAW bersabda, “Mereka akan datang pada hari kiamat dengan wajah yang putih cemerlang kerana bekas air wudhuk dan aku akan berada di hadapan mereka di Hawd (telaga)” (Muslim)

Inilah salah satu cara untuk baginda mengenal kita pada hari Akhirat kelak. Allahuakbar.

Tingkatkan darjat dengan wudhuk

Rasulullah ﷺ bangun pada suatu pagi dan mendapatkan Bilal r.a. sambil berkata, “Wahai Bilal, bagaimana aku telah mendengar bunyi tapak kakimu di dalam Jannah?”

Bilal r.a. menjawab, “Ya Rasulullah, aku tidak pernah melakukan dosa melainkan aku solat taubat 2 rakaat; dan setiap kali wudhukku batal, aku akan memperbaharuinya.”

Rasulullah ﷺ menjawab, “Ya itulah sebabnya (aku mendengar bunyi tapak kakimu).” (Ibnu Khuzaima)

Perkara yang membatalkan wudhuk

Pastinya tujuan siri ini bukan hanya untuk merasa kehebatan di sebalik wudhuk dan solat tanpa mengambil kira perkara-perkara yang membatalkan wudhuk. Contohnya berikut:

1.     Berhadas kecil, besar atau terkentut

2.     Tidur sehingga tidak sedar keadaan sekeliling

3.     Pitam

4.     Berjimak

(Ini bukan senarai penuh.)

Siwak

Rasulullah ﷺ bersabda:

لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك مع كل وضوء

“Jika bukan kerana aku bimbang membebankan umatku, pasti aku akan menyuruh mereka bersiwak setiap kali berwudhuk [dalam riwayat lain, setiap kali sebelum solat]” (Bukhari).

Rasulullah ﷺ juga bersabda:

السواك مطهرة للفم مرضاة للرب

Siwak membersihkan mulut dan membuatkan Tuhan suka” (An-Nisaa’i).

LIhat bagaimana Rasulullah ﷺ begitu teliti dan menjaga hubungannya dengan Allah – baginda mahu bertemu Allah dalam setiap solat dengan mulut yang bersih dan suci. Rasulullah ﷺ gemar bersiwak sehinggakan pada ketika baginda sakit sebelum hari kewafatan baginda, baginda bersama Aisyah r.a. apabila abangnya Abdur Rahman r.a. melangkah masuk dan dia membawa siwak. Aisyah melihat Rasulullah ﷺ melihatnya dan dia tahu baginda menginginkannya. Lalu dia meminta daripada Abdur Rahman, melembutkan siwak itu untuk Rasulullah dengan mengunyahnya, dan memberikan kepada Rasulullah. (Untuk maklumat lebih lanjut tentang siwak, klik sini.)

Semoga kita sempurnakan wudhuk kita kerana Allah dan mengikut contoh Rasulullah ﷺ Amin.

About the author

Malay Translator

3 Comments

Leave a Comment