Malay

Menghadapi Dugaan Di Musim Panas Sediakan Payung Taqwa

Oleh Suhaib Webb | Diterjemahkan oleh Umm Adam

Harapanku agar sekalian pembaca semuanya sihat, dan doaku, agar jiwamu terasa hampir dengan Allah sentiasa. Disini aku ingin berkongsi pengalaman dengan para pembaca. akan saat permulaan aku memeluk agama Islam, lebih kurang 10 tahun yang lepas. Dugaannya besar sekali bagiku, terutama sekali berkaitan dengan isu “awek-awek” atau gadis-gadis jelita. Di kampus universiti memang tidak terkira godaannya. Apa tidaknya, cara hidupku sebelum memeluk Islam berbeza sekali dengan cara hidup Islam yang seharusnya. Aku berpeluang mengecapi kejayaan sebagai seorang DJ. (Sukar untuk aku menggambarkan betapa gembiranya hatiku ketika aku mula-mula membuat re-mix lagu dengan “four track mixer”. Pasti pembaca mentertawakanku! Ketinggalan zamanlah, brother! Tetapi hakikatnya, bakatku dalam bidang muzik memang terserlah ketika itu. Pada masa yang sama aku hampir menjadi ahli persatuan Greek – Alpha Phi Alpha di universitiku dan hampir menjalani tempoh penilaiannya yakni, “ragging” yang dipanggil “Burning Sands.” Pujian hanya bagi Allah yang memberiku hidayah sehingga aku menjadi seorang Muslim dan mula menjauhkan diri dari perkara-perkara mungkar sebegini. Semua dugaan-dugaan ini merupakan cubaan yang hebat bagiku, namun tidaklah sehebat cubaan yang berkaitan dengan kaum Hawa.


Aku faham benar perasaan remaja dan pemuda-pemudi ketika berhadapan dengan bermacam dugaan-dugaan orang muda. Di Barat musimnya bertukar-tukar sepanjang tahun, dari musim sejuk ke musim bunga, dari musim bunga ke musim panas. Apabila musim panas tiba, godaan yang datang di sekitarmu semakin meningkat kerana manusia disekitarmu gemar menyingkap pakaian mereka. Dari pakaian yang menutupi tubuh di musim sejuk, tiba-tiba bertukar stail kepada pakaian yang mendedahkan tubuh di musim panas. “Jangan ditenung! Jangan ditengok! Jangan dilihat!

Sukar sekali untuk mengelakkan penglihatan ini dari menjamah juadah yang di depan mata sekiranya hati dan rohani tidak akur dengan Kebesaran Allah dan jiwa tidak bersyukur dengan Rahmat dan Limpahan Kurnia-Nya.

Disini ingin ku kongsi serba sedikit ilmu yang ku kutip dari Sheikh Ibrahami al-Khalifa yang datang menziarahi Mesir dari Arab Saudi selama beberapa minggu. Malam kelmarin aku berpeluang menghadiri program bacaan Shamail Muhamadiyah darinya. Memandangkan semua peperiksaanku telahpun selesai, aku berniat untuk mendapatkan manfaat darinya seketika dia berada di bumi Mesir ini. Seketika aku menulis artikel ini, pusat bandar Kahirah terbayang di mataku. Jalannya penuh sesak dengan kereta, bas, keldai, lembu dan pencemaran alam. Udara disini begitu panas dan kotor. Bayangkanlah! Apabila titisan air sembahyang diwajahku bercampur dengan debu panas Mesir, ia menghasilkan habuk yang tidak banyak bezanya dari habuk yang terkeluar dari beg vakum (vacuum bag). Cuaca panas terik sebegini membuatkanku terkenangkan yang jauh…termasuklah semua “homies-ku” di Amerika: My Boyz di Chicago, “brothers” di L.A. dan “the Bay”. Rindu rasa hatiku pada mereka. Perasaan kasih kepada saudara Islam kita adalah perasaan yang timbul dengan sendirinya dan patut kita hargai sepenuhnya. Bagaimana agaknya tingkah-laku seseorang itu apabila kehilangan dompet ataupun buku ceknya? Sebeginilah sepatutnya kita bertingkah-laku terhadap saudara seagama kita yang tiada disisi.

Menyambung kisah seterusnya. Sheikh Ibrahimi seterusnya mengupas kitab Risalat Mustarshidin karangan al-Muhasibi dengan tahqiq oleh Sheikh Abdul Fatah Abu Ghuda, salah seolah ahli hadith terhebat se-abad yang lepas. Sheikh tersebut mengingatkan para hadirinnya bahawa ibadat harus dilaksanakan dengan hati yang jelas membayangkan akan hampirnya Hari Akhirat itu. Kita harus sentiasa membayangkan seolah-olah kehidupan kita sekarang ini telah berada di penghujungnya, dan pada bila-bila masa sahaja Allah akan menemukan ajal kita. Ujar Sheikh tersebut,” Bersedialah kalian! Jangan terpedaya dengan keenakan dunia ini! Kita harus menjadi insan yang salih. Kita harus menghormati semua orang and mendirikan sembahyang setiap waktu dengan tulus ikhlas, seolah-olah kita sudah bersedia untuk meninggalkan dunia ini.” Dengan penuh bijaksana, Sheikh Ibrahimi mengaitkan setiap dosa yang sering kita lakukan dengan sifat tanggungjawab yang sepatutnya ada dalam diri kita. Kita harus merasa tanggungjawab untuk mengelak dari melakukan dosa kerana kita tahu bahawa setiap insan itu pasti menemui maut. Selepas menghembuskan nafas yang terakhir, kita akan disoal tentang semua amalan kita di dunia ini. Sebak dadaku mendengar nasihat dan hikmah yang terkandung dalam Kitab Imam al-Muhasibi sebagaimana yang dikupas oleh Sheikh Ibrahami itu.

Ini sekadar nasihatku untuk saudara dan saudariku sekalian:

Sheikh Ibrahimi turut menyelitkan suatu kisah menarik berkaitan dengan isu tanggungjawab terhadap dosa-dosa yang kita lakukan saban hari. Bagiku kebolehannya menyelitkan kisah kehidupan seharian dalam perbincangan agama, adalah suatu petanda akan seorang imam, guru atau sheikh yang berkaliber. Stail ceramah beliau bisa melatih lebih ramai pendakwah akan datang, melembutkan hati pendengarnya and mematikan bara api yang menyala disebabkan oleh dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Sheikh tersebut mengisahkan berkenaan seorang anak muda dibawah pemerintahan Khalifah ‘Umar. Pemuda ini hidup bergelumang dosa kerana asyik menurut nafsu dirinya sendiri. Pemuda ini akhirnya terperangkap disebabkan oleh tenungan terhadap seorang gadis. Dikala dia hampir melakukan dosa dengan gadis tersebut, tiba-tiba kedengaran olehnya bacaan suci Al-Qur’an, lalu dia bangkit berdiri sambil menggeletar ketakutan mengenangkan seksaan Allah lalu tidak semena-mena dia menghebuskan nafas akhirnya di situ juga. ‘Umar yang mengebumikan mayat pemuda ini selepas mendengar akan cara matinya, terus membacakan sepotong ayat dari Surah al-Rahman yang berbunyi: “Dan bagi orang yang takut akan saat menghadapi Tuhannya ada dua syurga.” Tiba-tiba saja muncul jawapan dari dalam kubur pemuda itu yang mengatakan, “Kami dapati bahawa janji Tuhan itu benar.”

Saudara saudariku sekalian,

Hakikatnya godaan di musim panas itu memang hebat buatmu. Menurut penelitian statistik di Barat, apabila cuaca meningkat, kejadian jenayah turut meningkat. Di dalam menghadapi ujian sebegini, penting sekali bagi kita mengingatkan Ke-Agungan Allah dan segala limpah kurnia-Nya. Berfikirlah sejenak! Cuba dipadamkan mesin PS3 itu! Letakkan I-Pod itu ketepi dan berfikirlah walaupun seminit. Cuba dibatasi penggunaan Internet yang terlalu kerap and sedarkan diri kita sendiri bahawa Tuhan akan menyoal kita semua akan penggunaan masa kita dizaman muda. Apakah perancangan masa hadapan kamu? Bagaimana pula perancangan masa santai kamu di musim panas ini?

Cubalah ditutup semua alat-alat hiburan buat sementara dan alihkan tumpuanmu ke lubuk hatimu pula. Sediakan suatu matlamat atau perancangan untuk berbakti kepada masyarakat sekeliling. Kita harus sentiasa mengingatkan diri kita, bahawa Tuhan itu sentiasa memerhatikan kita, termasuklah di waktu kita menghadapi dugaan. Sekiranya dugaan itu begitu sukar untuk kita atasi, Tuhanlah yang Maha Mengetahui akan kesulitan yang kita hadapi. Inilah peluangnya untuk kita berdo’a kepada Nya dan memohon perlindungan Allah dari godaan Iblis. Aku yakin kalian semua mampu menjalankan berbagai aktiviti berfaedah untuk masyarakat sekeliling kita.

Disini inginku sarankan beberapa aktiviti:

1. Melawat tempat-tempat menarik dan berfaedah dengan sahabat yang baik perilakunya.

Menurut hadis Rasulullah ﷺ:

“Keimanan seseorang itu amat berkaitan dengan iman rakannya” Begitu juga kisahnya dalam hadis Nabi yang mencerita kisah tiga orang pemuda yang terperangkap didalam gua. Mereka tidak mungkin dapat keluar dari gua tersebut jika tidak disebabkan oleh keikhlasan ketiga-tiga anak muda itu yang akhirnya menggerakkan batu besar yang menutup gua tersebut sedikit demi sedikit.

2. Sediakan perancangan kamu di musim cuti ini, dalam bentuk:

Kemasyarakatan: hulurkan sumbangan sukarela dengan persatuan Muslim atau bukan-Muslim dikawasan tempat tinggalmu.

Kerohanian: teguhkan sembahyang lima waktu setiap hari dan lebih bertuah lagi jika dirimu mampu mengerjakan sembahyang tahajjud dan puasa sunat.

Pendidikan: hadiri kelas pengetahuan Islam untuk meneguhkan imanmu

Kekeluargaan: luangkan masa dengan suami atau isteri (segerakan bernikah jika mampu), anak-anak dan kaum keluarga.

3. Sertai aktiviti-aktiviti seperti berikut:

1. Qiyamullail

2. Pertandingan sukan seperti basketball sepanjang malam. Ini boleh diikuti

oleh Qiyamullail, solat Subuh dan disudahi dengan roti canai mamak.

3. “Sleepovers” di rumah rakan.

4. “Camping” atau berkelah di tepi pantai.

5. Beri’tikaf seminggu sekali

Ku do’akan semoga Tuhan sentiasa menghulur bantuan dan rahmat-Nya buat kita, agar kita menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Sekiranya pembaca sekalian ada mempunyai banyak idea lain lagi, silalah kirimkan idea tersebut padaku.

About the author

Malay Translators

Add Comment

  • MashaAllah! Great writeup! Whoever translated it did a great job…and if you yourself did it, then I am embarassed because I am a Malay and I can’t write like that anymore. Thank you so much for sharing. I look forward to your future series.
    Wassalam

  • Assalamu’alaikum warahmatullahibarakatuh saudara Suhaib Webb sekeluarga.

    Saya adalah pembaca daripada Malaysia dan amat bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinnya saya dapat mengenali saudara melalui halaman web ini dan juga syarahan-syarahan serta khutbah-khutbah yang sungguh menakjubkan. Semoga usaha saudara berdakwah agama Islam yang suci ini akan lebih memantapkan pengetahuan saya dan selanjutnya memberi penjelasan yang sebenar kepada pandangan dunia barat terkini yang begitu serong terhadap Islam.

    Besarlah harapan saya sekiranya saudara dapat datang ke Malaysia untuk berdakwah di sini walaupun di dalam Bahasa Inggeris.

    Wassalam

  • Asalamu alaykum

    saudara Syed Ahmad,

    Terimah Kasih for your wonderful comment. Inshallah, I hope one day to visit you in Malaysia. Please pray for me and my family.

    SDW

  • MasyaAllah, bagus2…insyaAllah kalau boleh diperbanyakkan…contohnya kalau artikel yang menyentuh anak2 muda….kadang2 anak2 muda di Malaysia sendiri yg muslim pun tak dapat membeza mana budaya barat mana budaya islam..tapi cara penceritaan awal yang menyentuh psikologi anak2 muda sekarang sanagt berkesan…sekurang2 dari situ menarik mereka untuk membaca..izinkan saya mengcopypaste untuk mengforward kepada mailinglist kawan2 saya…

  • Asalamu alaykum

    Sr. Sofia,

    Terima Kasih for your response,

    You are most welcome to forward anything you like.

    SDW

  • assalamualaykum warahmatullah wabarakaatuh

    alhamdulillah managed to find your writing which has been well tranlated into malay language. Would love to have more of this especially for our daawah and struggle in Malaysia.

    It was 2 years back when I first listened to your lecture in UK/ Manchester. Hopefully it wont be the last one, since I came back for good to Malaysia over a year ago. Would love to organise your lecture in
    Malaysia especially my state, Kelantan (knowing that your wife is from Johor).

    My next contribution to the ummah insya-Allah through the Miracle of the Quran exhibition due to take place insyaAllah from 1-6 Zulhijjah /11-16 Disember in Kelantan.

    Please make duaa for us. We are hoping to have you as our guest insyaAllah in the near future.

  • Assalamualaikum wbt…

    great write up…Alhamdulillah to be given the chance to read it even after 5 years…my doa that we’ll have more of this translation in the future. Should you need assistance in translating articles, I wish to help eventhough I’m not that good !!! Ish, Malaysia.

Leave a Reply to sofia X