Malay

Pertukaran Pergerakan

Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IX | Bahagian XBahagian XI | Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

3484726514_a6812dd48c_b

Takbiratul Ihram

Takbiratul Ihram adalah salah satu rukun dan pergerakan pertama dalam solat; ia mengisytiharkan Allahu Akbar pada permulaan solat.

Kenapa Allahu Akbar? Kenapa tidak Alhamdulillah, atau La Ilaha Illallah? Kerana Allahu Akbar bermaksud Allah itu besar dan hebat dan lagi penting daripada segala apa yang anda fikirkan tentang dunia. “Allahu Akbar” ada dalam semua pernyataan; apabila kita solat, azan, apabila melontar di jamrah, semasa hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Allah berfirman dalam Qur’an pada ayat terakhir mengenai Ramadhan:

“…hendaklah kamu besarkan Allah, kerana petunjukNya kepadamu; dan mudah-mudahan kamu bersyukur kepadaNya.” (Qur’an, 2:185)

Apabila anda menyebut Allahu Akbar, anda sedang memulakan pertemuan dengan Tuhan. Anda menyebut, “Allah lebih hebat” daripada segala kebimbangan kerja, atau makanan yang anda rancang untuk masak atau perjalanan yang anda rancang dengan rakan-rakan. Allah lebih hebat daripada segala apa di hati anda kecuali Dia. Itulah sebabnya, setiap pertukaran pergerakan, anda menyebut Allahu Akbar – mengingatkan anda daripada mula lalai, bahawa Allah lebih hebat daripada segala apa di dalam fikiran anda. Hanya ada satu bahagian anda tidak menyebut Allahu Akbar iaitu apabila bangun dari rukuk. Ini akan dibincangkan kemudian InsyaAllah.

Mengangkat tangan

Apabila kita takbiratul ihram, kita mengangkat tangan. Ada 3 cara Rasulullah yang dilaporkan:

1.     Mengangkat tangan sebelum menyebut Allahu Akbar; anda angkat takbir, meletakkan tangan ke perut untuk qiam dan menyebut Allahu Akbar.

2.     Mengangkat tangan semasa menyebut Allahu Akbar; anda angkat takbir berserentak dengan menyebut Allahu Akbar

3.     Mengangkat tangan selepas menyebut Allahu Akbar: anda sebut Allahu Akbar, kemudian angkat takbir, dan qiam.

Semua cara ini boleh dilakukan untuk mengangkat takbir. Dan di mana tangan perlu diangkat? Separas bahu atau telinga – kedua-duanya boleh.

Mishary Al-Kharaz, da’iya, mencadangkan bertukar-tukar cara tersebut, supaya solat kita tidak menjadi mekanikal, supaya kita melakukannya dengan sengaja dan berhati-hati. Anda juga memastikan sunnah yang berbeza tidak ditinggalkan. Rasulullah ﷺ bersabda:

من أحيا سنة من سنتي فعمل بها الناس كان له مثل أجر من عمل بها لا ينقص من أجورهم شيئا

“Sesiapa yang mengamalkan sunnahku (yang dilupakan selepas kewafatanku), dia akan diberi ganjaran yang sama dengan orang yang mengikutnya, tanpa ada berkurang sedikit pun.” (Ibn Majah)

Apa maksud sebenar Allahu Akbar?

Sesetengah orang mula bersolat dengan menipu. Sesetengah orang menyebut Allahu Akbar dan memaksudkannya; yang lain menipu kerana menyebut Allahu Akbar tetapi di hati mereka dunia lebih besar. Mereka tidak merasa intipati sebutan mereka.

‘Allah’ adalah nama unik tuhan kita, tiada yang lain boleh dipanggil Allah, dan ia bermaksud yang disembah. Nama-nama Tuhan yang lain digunakan untuk menyifatkan orang, contohnya, dalam Surah Hud dikatakan orang kepada Nabi Shuaib a.s.:

انَّكَ لَأَنتَ ٱلْحَلِيمُ ٱلرَّشِيدُ

“Sesungguhnya engkau al-Halim al-Rashid (penyantun lagi cerdik) (Qur’an, 11:87)

Tapi 2 nama yang tidak boleh digunakan untuk manusia adalah “Allah” dan “Ar-Rahman” (Maha Pemurah) – khas untuk Allah.

Akbar” asalnya daripada takbir, yang bermaksud membesarkan. Allah berfirman:

وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا

“… besarkanlah Dia sebesar-besarnya” (Qur’an, 17:111)

Allah terlalu hebat sehingga kita tidak mampu memahami semua sifat dan kehebatanNya, namun kita masih boleh faham sedikit dengan menyaksikan ciptaanNya. Dari gunung ke laut sehingga kepada pokok-pokok, haiwan dan manusia, semua ini menghebahkan Allahu Akbar! Semua ini jelas untuk disaksikan.

Ya, tapi kenapa angkat tangan?

Anda angkat tangan sebagai tanda penyerahan kepada Allah, meninggalkan dunia di belakang anda. Jika anda menyerah kepada seseorang, anda mengangkat tangan mengatakan, “saya menyerah.” Di sini anda dengan rela menyerah dan dengan cinta, harap dan kagum, di hadapan Pencipta.

Signifikan untuk rohani

Apabila anda angkat takbir dengan Allahu Akbar, dosa anda mula naik ke kepala dan bahu. Rasulullah ﷺ bersabda:

إن العبد إذا قام يصلي أُتي بذنوبه كلها فوضعت على رأسه وعاتقيه فكلما ركع أو سجد تساقطت عنه

“Apabila seorang hamba mula berdiri dan solat, semua dosanya naik ke kepala dan bahu. Setiap kali dia rukuk atau sujud, sebahagiannya gugur dari tempatnya.” (Bayhaqi, Saheeh al-Jami’)

Hebatnya! Apalagi yang berlaku apabila kita mulakan solat? Allah memandang kita. Rasulullah ﷺ bersabda:

لا يَزَالُ اللَّهُ مُقْبِلا عَلَى الْعَبْدِ مَا لَمْ يَلْتَفِتْ

“Allah menghadap hambaNya yang bersolat selagi dia tidak berpaling.” (Abu Dawud)

Banyak perkara yang berlaku bermula dari pergerakan semudah mengangkat takbir. Syaitan yang tugas khususnya mengganggu solat akan mula datang. Anda tidak bercakap, anda berhenti gelisah. Malah pandangan anda – anda tidak melihat ke atas. Anda sekarang di tempat keramat, sedang berbicara asyik dengan Allah. Rasulullah ﷺ berkata:

مفتاح الصلاة الطهور وتحريمها التكبير وتحليلها التسليم

“Kunci solat adalah penyucian, pembukanya adalah menyebut Allahu akbar dan penutupnya adalah menyebut assalamu `alaykum.” (Abu Dawud)

Anda

Ada perkara lain yang datang apabila menyebut Allah Akbar. Anda perlu fikirkan diri anda, tempat anda di dunia ini dan saiz anda. Ambil masa untuk menonton video seminit ini:

Lihatlah bagaimana kecilnya bumi dibandingkan dengan matahari? Dan bagaiman kecilnya matahari dibandingkan dengan bintang-bintang yang lain? Bayangkan jika Red Supergiant datang kepada anda. Betapa kagumnya kita rasa. Dan sekarang ingat; Allahu Akbar, Allah Maha Besar.

Semoga kita mengambil pengajaran untuk solat kita, dan mula memahami maksud-maksudnya. Amin.

About the author

Malay Translator

4 Comments

  • […] V | Bahagian VI| Bahagian VII | Bahagian VIII| Bahagian IX | Bahagian X | Bahagian XI | Bahagian XII | Bahagian XIII | Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | […]

  • […] V | Bahagian VI| Bahagian VII | Bahagian VIII| Bahagian IX | Bahagian X | Bahagian XI | Bahagian XII | Bahagian XIII | Bahagian XIV | Bahagian XV|Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII […]

  • […] V | Bahagian VI| Bahagian VII | Bahagian VIII| Bahagian IX | Bahagian X | Bahagian XI | Bahagian XII | Bahagian XIII | Bahagian XIV | Bahagian XV|Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII […]

Leave a Reply to Merenung ciptaanNya X