Malay

Petunjuk menerusi al-Fatihah

Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IX | Bahagian XBahagian XIBahagian XIIBahagian XIIIBahagian XIVBahagian XV|Bahagian XVIBahagian XVIIBahagian XVIIIBahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

621861942_a47e4f3877_bReminders about al-Fatiha

Peringatan berkenaan al-Fatihah

Apabila kita mula membincangkan tentang surah al-Fatihah, kita nyatakan bagaimana dengan surah ini, kita sedang berbicara dengan Allah dan Allah menjawab setiap ayat yang kita baca. Surah ini mengesahkan sifat rububiah Allah (ketuhanan), namun ia juga membeitahu kita ketuhanan ini berdasarkan sifat penyayangnya, sebab itu kita membaca “Ar-Rahman Ar-Raheem” (yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang) selepas kita memuji Allah, Tuhan sekalian alam. Kasih sayangNya dinyatakan sebelum kita diberitahu bahawa Dia yang menguasai Hari Pembalasan, supaya kita tahu kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya. Akhir sekali membicarakan tentang kunci untuk mendapatkan kasih saying ini, iaitu menyembahNya dengan penuh keikhlasan. Untuk menyembahNya, kita memerlukan pertolongan Dia, lantas kita berkata:

1:5
“Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan.” (Quran, 1:5)

Justeru, jika kita ingin meminta pertolongan, kita perlu meminta petunjuk.

Petunjuk

Kita sekarang telah memasuki alam doa:

1:6

1:7

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat, bukan jalan orang-orang yang telah Engkau murkai, dan bukan jalan orang-orang yang sesat.” (Qur’an, 1:6-7)

Ibn Taimiya menyatakan doa surah al-Fatihah adalah yang terhebat, terbijak dan doa yang paling bermanfaat. Jika Allah membimbing kita ke jalan yang lurus, Dia membantu kita untuk mematuhiNya.

Seseorang mungkin bertanya – mengapa perlu aku minta pentunjuk jika aku sudah terbimbing? ‘Aku solat, aku puasa, aku baca Qur’an – mestilah aku ini sudah diberi petunjuk!’ Pertamanya, puncak petunjuk adalah pada tahap Rasulullah ﷺ dan tiada siapa antara kita yang boleh mencapai tahap itu, ataupun tahap para sahabat r.a. Jadi kita meminta Allah untuk memberikan lagi petunjukNya. Keduanya, hidayahNya bergantung kepada kebergantungan kita kepadaNya dan kerendahan hati kita di depanNya, dan meminta Allah supaya terus membimbing kita adalah caranya. Bagaimana kita boleh katakana kita terbimbing sekiranya kita tidak meminta daripadaNya? Rasulullah ﷺ ada memberitahu kita:

من لم ‏يسأل الله يغضب عليه

“Sesiapa yang tidak meminta dengan Allah, Allah murka padanya.” (Ibn Majah)

Ibn Al-Qayyim menyatakan jalan lurus yang kita minta termasuk pengetahuan dan tindakan, luaran dan dalaman sekaligus. Seorang hamba mungkin tidak tahu semua butiran, dari segi apa yang perlu dipatuhi, apa yang perlu dielakkan, dan apa yang membuatkan Allah suka dan tidak suka. Dan apa yang hamba itu tidak tahu mungkin lebih daripada apa yang dia tahu. Jadi, apabila kita meminta petunjuk, kita juga meminta Allah menambahkan pengetahuan kita dalam perkara-perkara tersebut. Lagipun, dengan pengetahuan yang kita ada, kita mampu melakukan sesetengah perkara, dan ada perkara yang kita tidak mampu. Contohnya, kita tahu kita perlu menunaikan haji, namun sebahagian daripada kita masih tidak mampu. Jadi apabila kita meminta petunjuk, kita meminta Allah supaya menolong kita supaya mampu melakukan perkara yang kita tahu. Tambahan pula, dengan perkara-perkara yang kita tahu dan mampu lakukan, nafsu kita mungkin tidak akan memudahkan semua itu. Kita tahu kelebihan melakukan qiyamullail namun kita terlalu malas untuk bangkit melakukannya. Apabila kita meminta Allah untuk membimbing kita, kita meminta Dia supaya menguatkan jiwa kita ke arahnya.

Seperkara lagi – mungkin kita mempunyai pengetahuan, kemampuan, dan keinginan melakukan sesuatu kebaikan, tapi kita tidak ikhlas melakukannya. Mungkin niat kita bercampur-baur. Meminta petunjuk daripada Allah adalah meminta Dia supaya mengurniakan kita keikhlasan juga, kerana keikhlasan yang akan menetapkan kita di jalan yang lurus. Meminta Allah untuk membimbing kita di jalan ini juga bermaksud meminta denganNya untuk mengikut jejak Rasulullah ﷺ dan akhirnya, mempunyai keteguhan dalam melakukan semua ini supaya kita tidak goyah.

Siratul Mustaqim: Jalan Yang Lurus

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan dia bertanya sekiranya Rasulullah ﷺ akan mensyafaatinya pada Hari Akhirat. “Aku akan mensyafaatimu,” jawab Rasulullah ﷺ

“Jadi di mana aku perlu mencarimu pada hari akhirat kelak?” tanya Anas r.a.

“Apabila kau perlukanku,  pertamanya carilah aku di Sirat (titian),” jawab Rasulullah ﷺ

“Dan jika aku tidak menjumpaimu?” tanya Anas r.a.

“Maka carilah aku di Mizan (timbangan),” jawab Rasulullah ﷺ

“Di mana aku perlu mencarimu,” tanya Anas r.a., “jika engkau tiada juga di Mizan?”

“Maka carilah aku di Hawd (telaga). Aku tidak akan pergi dari ketiga-tiga tempat ini pada masa itu,” jawab Rasulullah ﷺ (Tirmidhi).

Maka tempat pertama untuk meminta syafaat daripada Rasulullah ﷺ adalah di sirat. Sirat itu sendiri merupakan titian yang merentangi neraka dan seseorang itu mesti melepasinya untuk ke syurga. Ia disifatkan sebagai titian halus – lebih halus daripada seurat rambut – dan juga licin. Jadi bagaimana kita akan melepasinya?

Manusia melepasinya mengikut amalan masing-masing: yang pertama antara mereka sepantas kilat, kemudian selaju angin, kemudian selaju burung, dan selaju orang yang berlari. Rasulullah ﷺ akan berada di laluan mengatakan “Tuhan, selamat! Selamat!” sebagaimana sesetengah amal mereka hanyalah sedikit. Sesetengah mereka akan merangkak. Pada kedua-dua arah terdapat cangkuk untuk mengambil sesiapa yang dikehendakiNya: sesetengah akan terselamat tapi cedera, yang lainnya tercampak ke neraka (Bukhari dan Muslim).

Ibn Al-Qayyim mengatakan dalam hidup ini, Allah telah memberi kita jalan yang lurus dan mengajak kita semua ke arahnya. Jadi sesiapa yang dibawa ke jalan yang lurus dalam hidup ini, akan melepasi jalan lurus di akhirat nanti, insyaAllah. Keadaan kita semasa di sirat, sama ada kita terbang atau merangkak, bergantung kepada amal kita semasa di dunia.

Adakah kita sedar kepetingan doa dalam setiap solat kita?

Amin!

Apabila kita menyebut “amin” (Tuhan perkenankanlah) sesudah selesai bacaan al-Fatihah, kita patut menyebutnya dengan sepenuh hati kita, kerana sesudah mengetahui maksud semua ini, kita patut khusyuk dan meminta dengan bersungguh supaya Allah mengabulkan doa hebat ini. Bagaimanapun jika kita lalai, doa ini tidak akan dikabulkan. Kenapa tidak? Rasulullah ﷺ bersabda?

ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة فإن الله لا يستجيب من قلب غافل لاه

“Berdoa kepada Allah dengan keyakinan supaya doamu akan dimakbulkan, dan ketahuilah Allah tidak akan memakbulkan doa yang datang daripada hati yang lalai, tidak khusyuk.” (Tirmidhi)

Ibn Al-Qayyim mengatakan apabila seseorang membaca al-Fatihah, dia perlu berhenti seketika pada setiap ayat untuk menanti jawapan daripada Allah. Ia telah dilaporkan daripada Ummu Salamah r.a. bahawa Rasulullah ﷺ melakukannya.

Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang lurus dan mengizinkan kita untuk menghadirkan hati dalam solat kita. Amin.

About the author

Malay Translator

Add Comment

Leave a Reply to starker mann X