Malay

Rukuk: Komponen Dalaman

Oleh Jinan Yousef | Diterjemahkan oleh Firuz Akhtar Mohamad Bohari & Syuhada Faizal

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IX | Bahagian XBahagian XIBahagian XIIBahagian XIIIBahagian XIVBahagian XV|Bahagian XVIBahagian XVIIBahagian XVIIIBahagian XIXBahagian XXBahagian XXIBahagian XXIIBahagian XXIIBahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXVBahagian XXVI | Bahagian XXVII | Bahagian XXVIII

Apabila kita membaca Qur’an, kita tahu bahawa kita perlu menjadi khusyuk kerana kita sedang mengalunkan ayat-ayat Allah. Apabila kita sujud, kita tahu bahawa Allah menjawab segala doa kita, oleh itu kita mencuba sedaya upaya untuk menumpukan konsentrasi. Namun, apakah yang kita merasa sewaktu kita merukuk?

Memenuhi Keperluan Jiwa

Kita semua mempunyai keperluan harian. Seorang ayah tidak sabar menunggu untuk pulang ke rumah dari tempat kerja untuk memeluk anak-anak mereka. Sekalipun jika anak-anak itu sudah lena, ayah itu tetap akan memberikan mereka kucupan hanya untuk mengisi ruang keperluan itu. Apabila kita merasa lapar, kekadang kita akan menjadi penat dan gelisah sehinggalah kita mengisi perut. Sebagaimana kita mempunyai keperluan emosi dan fizikal, kita juga mempunyai keperluan rohani. Jiwa kita mendahagakan peribadatan kepada Tuhan. Ramai orang merasa suatu kekosongan dan cuba untuk mengisinya dengan perkara lain. Walaupun begitu, sebagaimana orang yang sedang kelaparan tidak boleh menghilangkan rasa laparnya dengan berlari-sudah tentu itu sangat pelik-kehausan rohani ini juga tidak boleh dipenuhi melainkan dengan peribadatan yang sejati pada Tuhan.

Kerendahan Hati Menerusi Rukuk

Peribadatan yang sebenar datang daripada kerendahan hati rohani dan rukuk menggambarkan sebahagian daripada itu. Seorang Arab yang bernama Hakim bin Hizam apabila memeluki Islam memberitahu Rasulullah ﷺ bahawa dia dapat memenuhi semua firman Tuhan melainkan rukuk semasa solat kerana ia melibatkan kerendahan hati. Oleh itu, ketika rukuk kita perlu mencuba sedaya upaya untuk meluruskan belakang badan, menundukkan kepala dan mengucapkan ‘subhaana rabbiy al ‘azim (Kesempurnaan itu adalah Tuhanku yang Maha Tinggi) sebagai refleksi kepada keadaan dalaman kita.

Apabila kita mengucapkan ‘subhaana rabbiy al ‘azim,”, seperti yang telah diterangkan di dalam artikel sebelum ini, kita mengasingkan Allah subhanahu wa ta’ala (Dia yang Maha Mulia) daripada segala yang lain. “Rabb,” seperti perkataan lain, tidak hanya mempunyai satu makna-rabb ertinya Tuhan yang Menunjang dan yang Memelihara. Apabila kita merenung  apa yang kita miliki – pakaian yang melindungi badan kita, kekayaan kita, kesihatan kita, dan orang-orang yang tersayang-siapakah yang telah menganugerahkan semua itu kepada kita? Justeru, bagaimana mungkin kita tidak boleh merendahkan diri kita kepada Rabb kita? Dan bagaimana mungkin kita tidak boleh merasakan keakraban istimewa dengan-Nya – Dia adalah Rabbiy, Tuhanku?

Memuliakan Allah yang maha ATinggi

Rasulullah ﷺ  telah bersabda:

“Di dalam rukuk, lalu muliakanlah ketinggian Tuhan yang Maha Perkasa dan Maha Agung. “ (Muslim)

Apabila anda mengenal keagungan Allah (swt) dan perkataan-perkataan itu tergambar di hati anda, anda perlu memberi penghormatan kepada segala yang berkaitan dengan-Nya. Allah (swt) telah berfirman di dalam Qur’an:

“Dan sesiapa yang memuliakan simbol Allah – sudah tentu itu datangnya dari kesolehan hati.” (22:32)

Maka penghormatan ketika rukuk itu datangnya daripada kesolehan hati dan kita perlu berusaha untuk menyempurnakannya, insya Allah. Ibn Al-Qayyim menyatakan bahawa rukuk itu seolah-olah pengenalan kepada sujud, di mana kita membawa satu tahap kerendahan hati terhadap Allah ke satu tahap yang lebih dalam. Usaha ini yang membawa rasa kerendahan hati di dalam rukuk hanya akan mempertingkatkan lagi cinta kita kepada-Nya dan adalah satu cara untuk menunjukkan makna di dalam hadis qudsi yang terkenal:

“Jika hamba-Ku mendekati-Ku dengan jarak sedepa, Aku akan menghampirinya sedekat jarak lengan; dan jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan kelajuan.” (Muslim)

Dalam kita meningkatkan amalan baik untuk mendekatkan diri kepada Allah (swt), Allah mengasihi kita, dan apakah lagi yang lebih kita menginginkan melainkan kasih sayang Allah? Oleh sebab itu Rasulullah (saw) akan memanjangkan tempoh rukuknya, sehingga tempoh dia rukuk, bangun selepas rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud adalah lebih kurang sama panjangnya (Bukhari dan Muslim). Ini sungguhpun  rukuknya hampir sama panjang dengan tempoh berdiri sebelum rukuk, di mana dia akan membaca lima juzuk. (Muslim)

Muslim bin Makki pernah menggambarkan Abdullah bin Al-Zubair radi allahu ‘anhu ketika dia mendirikan solat. Dia mengatakan bahawa dia  pernah melihatnya dalam keadaan rukuk, dan ketika itu Muslim sedang membaca surah-surah al-Baqara, ali-‘Imran, an-Nisaa’ dan al-Maida (Qur’an 2, 3, 4, dan 5) dan Abdullah bin Al-Zubair (ra) masih dalam keadaan rukuk. SubhanAllah (Segala pujian bagi Allah).

Mungkin ada di antara kita yang akan terdorong untuk melakukan rukuk seperti begini, tetapi mungkin ada yang terfikir, “Aku tidak akan mungkin mencapai tahap itu,” dan tidak akan mencuba walau sekalipun. Walau bagaimanapun, marilah kita ingat kepada hadis yang telah disebut sebentar tadi mengenai hamba-hamba yang cuba untuk mendekati Allah (swt) dengan jarak sedepa-asalkan kita cuba untuk memperbaiki solat kita, kita sudah pun memenuhi sebahagian daripada hadith itu.

Semoga Allah mengurniakan rasa kemanisan rukuk itu kepada kita.

 

 

About the author

Malay Translator

1 Comment

  • […] XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII | Bahagian […]

Leave a Comment