Malay Translators – Virtual Mosque

Keadaan bersolat sebelum bersolat
Oleh Jinan Yousef | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian I| Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI | Bahagian VII | Bahagian VIII | Bahagian IX | Bahagian X |Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Apabila kita sebut tentang solat, ramai yang percaya ia bermula dengan takbir “Allahu Akbar”. Tapi ia bermula sebelum itu. Sabda Rasulullah ﷺ

لا زال أحدكم في صلاة ما انتظر الصلاة

Seseorang itu dikira berada dalam solat selagi dia menanti untuk bersolat (Bukhari, Muslim).

Bagi lelaki, ini merujuk kepada mereka yang telah bersedia dan sedang menunggu untuk memulakan solat di dalam masjid. Bagi perempuan yang tidak berada di masjid, ini merujuk kepada mengambil wudhuk dan memakai pakaian yang sesuai, jika perlu, dan menunggu masuknya waktu solat.

Pembongkaran suatu rahsia

Salah satu aspek solat yang selalu diabaikan adalah azan. Pernahkah kita merasa kemanisan azan? Sesiapa yang pernah merasa kemanisan azan akan lebih khusyuk dalam solat. Seseorang akan bertanya apa kaitan azan dengan khusyuk?

Syaitan bencikan solat. Rasulullah ﷺ bersabda, “apabila azan dilaungkan, syaitan akan angkat kaki dan membuat bunyi bising semasa melarikan diri supaya tidak mendengar azan. Apabila azan selesai dia akan datang kembali dan akan angkat kaki kembali apabila iqamat dilaungkan dan apabila selesai dia akan datang kembali, berbisik ke dalam hati seseorang (untuk mengganggu perhatiannya dalam solat) dan buatkan dia teringat perkara-perkara yang dia tidak teringat sebelum solat dan menyebabkan dia lupa sejauh mana dia telah bersolat” (Bukhari).

Sejak azan dilaungkan, syaitan akan cuba mengganggu anda, supaya anda tidak mendapat manfaat daripadanya walaupun rahmatnya hebat. Jadi apa yang sangat istimewa tentang azan?

Azan: Satu Peluang

Rasulullah ﷺ bersabda:

المؤذن يغفر له بمد صوته ويصدقه من سمعه من رطب ويابس وله مثل أجر من صلى معه

Muazzin (tukang azan) diampunkan selagi suaranya sampai dan sesiapa yang mendengarnya akan menyahut seruannya. Dia akan mendapat ganjaran serupa dengan sesiapa yang bersolat bersamanya (An-Nisa’i, Ahmad).

Jadi jika 50 orang bersolat, muazzin akan mendapat ganjaran 50 solat. Jika 100, dia akan mendapat ganjaran 100 solat. Sekarang kita bertanya, apa kaitannya dengan saya? Saya bukan muazzin. Abdullah bin Amr r.a. mengaitkan seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah ﷺ “adakah muezzin akan mendapat lebih daripada kita?” dan Nabi menjawab:

قل كما يقولون فإذا انتهيت فسل تعطه

“Sebut apa yang mereka sebut dan apabila selesai, mintalah dan ia akan dikabulkan” (diriwayatkan oleh Abu Dawud).

Apabila azan dimulakan dengan “Allahu Akbar,” ia mengingatkan anda bahawa Allah itu lagi hebat daripada apa yang sedang anda lakukan, sama ada rancangan televisyen yang sedang anda tonton, artikel yang sedang and abaca atau perbualan anda. Dan kenapa anda bangkit apabila mendengar azan? Kerana “La ilaha ila Allah” – iman anda kepada Tuhan yang satu. Jika anda rasa apa yang sedang anda lakukan adalah lebih penting, jadi realitinya seperti ia lebih penting daripada menunaikan solat kepada Tuhan.

Tiada Kuasa atau Kekuatan Melainkan Melalui Allah

Kita tahu apabila kita mendengar azan, kita akan mengikut apa yang disebut oleh muazzin, melainkan apabila dia menyebut “haya `ala as-salah” (marilah menunaikan solat) dan “haya `ala al-falah” (marilah menuju kejayaan). Waktu ini kita akan menyebut “la hawla wala quwatta ila billah” (tidak ada kuasa atau kekuatan melainkan melalui Tuhan).

Mengapa kita berkata demikian? Kerana kita tahu kita tidak akan dapat mencapai kekhusyukan, atau mengerjakan solat dengan sempurna, melainkan dengan bantuan Allah.

Suatu panggilan

Ingatlah bahawa azan itu adalah suatu panggilan; ia adalah suatu panggilan yang indah kerana ia mengingatkan anda kepada pertemuan dengan yang anda cinta. Apabila kita ingin bertemu dengan seseorang yang kita cinta, perasaan gembira dan rindu akan datang dulu sebelum bertemu. Ia bermula apabila yang istimewa itu memberitahu kita “Saya akan jumpa awak dalam 10 minit” atau “Saya akan jumpa awak sebentar lagi.” Ini bermakna orang yang memberitahu anda untuk bertemu itu adalah seorang yang istimewa, yang akan mendatangkan rasa gembira.

Aishah r.a. meriwayatkan dari Rasulullah ﷺ:

من أحب لقاء الله أحب الله لقاءه

“Sesiapa yang suka bertemu Allah, Allah suka bertemu dengannya” (Bukhari).

Azan itu memberitahu anda bahawa inilah masanya untuk bertemu Allah. Jadi sesiapa yang benar-benar mencintai Allah, akan bersegera mengambil peluang untuk bertemu denganNya, dan bukannya menunggu sehingga hampir luputnya waktu solat. Lihat pada Musa a.s.:

وَمَآ أَعْجَلَكَ عَن قَوْمِكَ يَٰمُوسَىٰ قَالَ هُمْ أُولَآءِ عَلَىٰٓ أَثَرِى وَعَجِلْتُ إِلَيْكَ رَبِّ لِتَرْضَىٰ

“[Allah] berkata, “Mengapakah engkau bersegera (lebih dahulu) daripada kaummu, hai Musa?” Sahut Musa, “Mereka itu adalah di belakangku, aku bersegera kepadaMu, ya Tuhanku, supaya Engkau suka (kepadaku).” (Qur’an, 20:83-84)

Lihat bagaimana Musa a.s. bergegas kepada Allah – itulah tindakan seseorang yang benar – benar cinta.

Nikmati azan, dan InsyaAllah anda akan menikmati solat. Kita minta pertolongan Allah untuk menyempurnakan solat kita.

Halangan menuju ketenangan
Oleh Jinan Yousef | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian I| Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI | Bahagian VII | Bahagian VIII | Bahagian IX | Bahagian X |Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Gangguan!

Artikel-artikel sebelumnya adalah untuk melembutkan hati – menekankan lebih kepada Allah dan hubungan denganNya supaya kita datang kepada solat dengan menyedari kita berdepan dengan Siapa. Kita mesti ingatkan diri kita dengan semua yang telah kita belajar sebelum bersolat, supaya kelemahan kita sebelum ini berkurang dan solat kita menjadi lebih bermakna.

Namun bagi kebanyakan kita masih ada sesuatu yang memberatkan. Ya, kita cintakan Allah dan takutkan Dia, kita berharap pada kasih sayangNya, namun kita masih tidak mampu untuk khusyuk. Pelbagai ingatan akan menjengah ke minda kita: kita teringat di mana kita letakkan kunci yang telah hilang, kita mula berangan untuk menyelamatkan dunia atau merancang makanan untuk malam nanti. Semua ini berlaku sebaik sahaja kita mengangkat takbir “Allahu Akbar” untuk memulakan solat kita. Dan ingatan ini berakhir apabila solat kita berakhir. Mengapa?

Mungkin satu cara untuk mengelakkan kita daripada hanyut dalam gangguan ini adalah dengan mengetahui bahawa kita hanya akan mendapat ganjaran apabila kita menghadirkan hati. Adalah solat kita tidak sah jika kita terganggu? Tidak, ia tidak batal. Namun dari segi ganjaran solat, ada bezanya. Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيُصَلِّي الصَّلَاةَ مَا يُكْتَبُ لَهُ مِنْهَا إِلَّا عُشْرُهَا تُسْعُهَا ثُمُنُهَا سُبُعُهَا سُدُسُهَا خُمُسُهَا رُبُعُهَا ثُلُثُهَا نِصْفُهَا

“Seseorang hamba itu bersolat dan hanya mendapat satu persepuluh daripada solatnya, atau satu persembilan, atau satu perlapan, atau satu pertujuh, atau satu perenam, atau satu perlima, atau satu perempat, atau satu pertiga atau separuh” (Abu Dawud, Ahmad).

Ini kerana:

ليس للمرء من صلاته إلا ماعقل منها

“Seseorang itu hanya mendapat ganjaran untuk bahagian solatnya di mana dia sedar” (Abu Dawud).

Tapi janganlah pula kita rasa kecewa dan fikir “kalau begitu, baik aku tak payah solat” atau “saya tak akan mampu melakukannya.” Bayangkan seseorang yang berjalan di padang pasir yang terik dan salah satu sandalnya terputus, jadi dia berjalan dengan hanya sebelah sandal. Kemudian dia berkata, “Alah, sebelah kaki sudah mula membakar, baik biarkan yang sebelah lagi terbakar juga!” dan dia membuka sandal yang satu lagi, bukannya cuba membaiki sandal yang terputus itu. Kita akan kata orang ini kurang bijak, atau bodoh; sedangkan kita akan jadi seperti orang ini jika kita berputus asa dalam solat kita.

Kunci rahsia

Akhirnya masa untuk membongkar kunci rahsia. Bukannya suatu yang susah, tapi boleh mengubah cara kita bersolat dengan drastik. Sebelum kita bongkar, mari kita tanyakan: setiap tahun bilakah masanya kita selalunya akan lebih khusyuk? Jawapannya mudah: Ramadhan. Dan bila dalam Ramadhan? Mungkin ketika qiyamullail. Dan bila kita dapati mata-mata akan dibasahi dengan airmata yang mengalir? Pastinya ketika berdoa selepas solat witir apabila ramai yang akan berada di belakang imam. Cuba teka? Inilah ketikanya apabila mereka menggunakan kunci rahsia.

Bagaimana? Ketika ini, kita rasa seperti kita bercakap dengan seseorang dan kita menunggu respon. Ini akan membawa hati dan fikiran kita kepada solat, dan inilah ketika kita akan merasa kemanisan bersolat.

Kunci rahsianya? Tiga kenyataan mudah:

1.     Bercakap dengan Tuhan anda

2.     Berhubung dengan Tuhan anda

3.     Berbicara dengan Tuhan anda

Rasulullah ﷺ bersabda:

إذا كان أحدكم في الصلاة فإنه يناجي ربه

“Apabila mengerjakan solat, seseorang itu berbicara dengan asyik dengan Tuhannya” (Bukhari, Muslim).

Adalah dilaporkan dari ulama Ibn Uthaymeen berkata apabila seseorang itu mula bersolat, dia patut merasakan seolah-olah dia telah memasuki jajahan Tuhannya dan sedang berbicara denganNya.

Masalahnya kita tidak merasakan yang solat kita adalah penghubung kepada Tuhan; ia kononnya menjadi seperti monolog. Padahal apabila kita membaca “Alhamdulilahi Rabb Al-`Alameen” kita sepatutnya betul-betul menjiwai bahawa kita menyatakan kepada Allah segala puji dan terima kasih kepadaNya. Dalam sujud, fikirkanlah sesuatu seperti “jangan tinggalkan aku ya Allah, aku tidak ada sesiapa melainkan Kau, aku tetap di pintuMu,” untuk benar-benar merasa bahawa anda memberitahu Allah apa di dalam hati anda. Kita tidak perlu mengulangi bacaan yang sepatutnya, tapi perlu membacanya dengan perasaan kepada Allah – dengan cara ini, kesemua solat kita akan menjadi seperti solat witir bersama imam di bulan Ramadhan.

Ketika bersujud, ramai di antara kita membaca bacaan yang sepatutnya dan mungkin menambah sedikit doa yang kita ingat. Tapi salah seorang yang hebat dahulu mengetahui makna kedudukan ini dan dia akan berdoa dan berkata “Ya Allah, hambaMu ini, di syurga atau di neraka?” Lihat kepada kemesraan itu – dia tahu bahawa dia berada begitu dekat sekali dengan Allah dan merasakan seperti dia sedang bercakap dengan Allah dalam sujudnya.

Bukan sekadar artikel

Sememangnya mudah untuk membaca artikel-artikel ini dan mengangguk, mungkin selepas mempelajari satu atau dua perkara dan berfikir, “Saya sudah maklum perkara ini.” Mari pergi lebih daripada sekadar tahu – amalkan apa yang kita pelajari. Mari tolong sesama kita untuk berjaya dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

1.     Cari pasangan yang anda selesa dengannya. Setiap kali sebelum solat, ingatkan satu sama lain bahawa anda akan berbicara dengan Allah. Ingatkan sesama anda tentang sifat-sifat Allah atau perkara-perkara yang anda syukuri, atau kenyataan bahawa anda memerlukan pengampunan.

2.     Sebaik sahaja anda melangkah ke sejadah, angkat takbir dengan penuh kesungguhan. Bayangkan anda akan meninggalkan dunia ini, dan jiwa anda sedang dibawa kepada Allah dan anda akan memulakan bicara kemesraan. Tiada apa dalam dunia ini yang boleh menggugat anda.

Moga Allah menjadikan solat kita seperti solat Rasulullah ﷺ, para sahabat r.a. dan orang-orang yang benar. Amin.

Lebih daripada sekadar pergerakan
Oleh Jinan Yousef| Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian I| Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI | Bahagian VII | Bahagian VIII | Bahagian IX | Bahagian X |Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Nikmat

Sekarang ini kita bersetuju bahawa kita mestilah datang bersolat dengan perasaan, dan solat yang tidak disertai dengan perasaan itu adalah kisah lama. Ini kerana solat kita bukan sekadar pergerakan; solat kita bermaksud kita berdiri di hadapan Allah, bercakap dengan Dia. Ada satu isi terakhir yang perlu kita bincangkan kenapa kita cintakan Allah – dan itu adalah nikmat dan rahmatNya. Ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Allah berfirman dalam Al-Qur’an:

وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا

“[…] dan jika kamu hitung nikmat Allah, tiadalah sanggup kamu menghitungnya,” (14:34).

Apabila kita mendengar ayat ini, ia membuatkan kita berhenti dan fikir tentang apa yang kita ada: dari iman kepada keluarga kita, kesihatan, pendidikan; juga perkara-perkara yang kita lupa untuk hargai seperti boleh bercakap, berjalan, melihat dan sebagainya. Mungkin cara lain untuk betul-betul merasa nikmat ini adalah cuma fikir tentang suatu rahmat yang kita benar-benar kita hargai, kenang kembali bagaimana ia telah mmemanfaatkan kita, dan bayangkan hidup kita tanpanya. Hidup tanpa rahmat itu sendiri amat susah – bayangkan kesemua rahmat yang telah Allah kurniakan kepada kita.

Di sini kita akan memperkatakan tentang dua rahmat ini: iman dan aman.

Iman ناميإ

Kita beruntung, kerana kita tahu siapa Tuhan kita, dan Tuhan kita adalah Satu. Ramai orang mencari Tuhan dalam ciptaan-ciptaan yang lain; sama ada binatang, orang, harta benda, atau sekadar mengagumi diri sendiri. Sedangkan ketika kita bersolat, kita tahu kita akan menghadap Allah. Allah berfirman,

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

Sesungguhnya Akulah Allah. Tidak ada Tuhan kecuali Aku, sebab itu sembahlah aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatKu” (20:14)

Aman نمأ

Kita akan membicarakan tentang dua jenis keselamatan: dalaman dan luaran. Sebahagian contoh keselamatan dalaman adalah sistem pertahanan imun kita. Sementara kita melakukan tugasan harian kita, jarang kita sedar apa sebenarnya yang berlaku di dalam badan kita. Sel darah putih kita telah dilatih untuk menyerang penyakit-penyakit merbahaya yang cuba memasuki sistem badan kita. Lihat di sini:

<object width="425" height="344" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/JnlULOjUhSQ&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x234900&color2=0x4e9e00" /><param name="allowfullscreen" value="true" /></object>

Ketul bulat yang besar itu adalah sel-sel darah putih dan bulatan yang lebih kecil itu adalah sel-sel darah merah, dan bentuk seperti semut itu adalah bakteria. Tanpa kita perlu berusaha sendiri, sel-sel darah putih kita bekerja setiap hari untuk melindungi kita.

Bagaiman dengan keselamatan luaran? Pernahkah seseorang bangun pada waktu pagi menyedari, contohnya seseorang ingin membunuhnya? Atau menunggu seseorang untuk merompaknya pada waktu malam? Bayangkan penduduk-penduduk Gaza atau Iraq, yang mana mereka tidak tahu jika mereka masih hidup keesokan harinya, atau di Mexico di mana keganasan penyalahgunaan dadah dengan mudahnya dapat meragut nyawa seorang kanak-kanak yang ingin ke sekolah. Dan kita patut renung diri kita, banyaknya nikmat yang kita lupa untuk hargai.

Haya ءايح

Sekarang kita akan beralih kepada perasaan yang lain – haya, atau malu – kerana kekurangan perkataan alih bahasa yang lebih sesuai. Apabila kita bersolat, kita perlu ada perasaan ini. Sesetengah orang akan bertanya, mengapa saya perlu malu kepada Tuhan? Jawapannya kerana Allah Maha Penyabar dengan kita. Tak ada sesiapa yang lebih sabar dengan kita, walau apa yang telah kita lakukan, melainkan Allah. Dia telah memberikan kita kemudahan, tapi kita masih melakukan dosa dengannya, Dia kemudiannya melindungi kita supaya orang lain tidak tahu tentang dosa kita, dan tidak terus menghukum kita. Dengan semua ini, Dia masih menerima taubat kita; dan bukan itu sahaja, Dia malu jika dia tidak mengabulkan permintaan manusia, apabila mereka mengangkat tangan meminta sesuatu daripada Allah, seperti dalam sabda Rasulullah ﷺ menurut Ahmad. Jadi masakan kita tidak berasa malu apabila kita berdiri di hadapan Allah ketika solat?

Mintalah pada Allah untuk membantu menyempurnakan solat kita.

Cinta
Oleh Jinan Yousef | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian I| Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI | Bahagian VII | Bahagian VIII | Bahagian IX | Bahagian X |Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Khusyuk dalam solat bertambah apabila cinta kita pada Allah bertambah. Bayangkan bertemu seseorang; apabila anda bertemu seseorang yang anda cinta, apa yang anda rasa di dalam hati anda berbeza apabila anda bertemu dengan seseorang yang anda tidak cinta.

Kita telah nyatakan dalam artikel sebelumnya yang cinta bertambah kerana kecantikan seseorang, karakter seseorang, atau jasa yang telah diberikan kepada kita; dan Allah adalah gabungan kesemua ini ke darjat tertinggi. Kita telah nyatakan bahawa Allah itu Maha Cantik, tapi bagaimana pula dengan aspek `karakter`? Apa yang telah Dia berikan kepada kita? Anda mengenal karakter seseorang apabila anda berurusan dengan mereka. Jadi apa yang boleh kita katakan tentang yang Maha Penyabar (al-Haleem), Maha Penyayang (ar-RahIm), Maha Pemurah (al-KarIm), Maha Pencinta (al-Wadud)?

Berurusan dengan Allah

Kata Ibn Al-Qayyim kita dapat mengetahui kasih sayang Allah melalui cara Dia menegur hamba-hambaNya secara lembut. Apabila menegur kalangan kita yang telah telah melakukan kesilapan, Dia tidak berkata, “Wahai orang-orang yang berdosa!” tetapi Allah berkata:

“… Hai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan melakukan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sungguh Dia Pengampun lagi Penyayang.” (Qur’an, 39:53).

Lihatlah cara Allah berurusan dengan kita. Dia telah memberikan kita kesemua keperluan yang kita lupa untuk menghargai: mata, hidung, telinga, lidah… Kemudian kita menggunakannya untuk perkara-perkara yang telah Dia larang dan Dia tidak menghukum kita. Tapi, Dia amat penyabar dan memberikan kita peluang untuk kembali kepadaNya. Apabila kita kembali kepadaNya dan memohon keampunan, Dia mengampunkan dosa itu seperti kita tidak pernah melakukannya.

Fikirkan tentang cara Allah melayan kita – berapa banyak perkara yang kita sangkakan buruk, kemudiannya barulah disedari ada hikmah kebaikan di sebaliknya? Kita merungut dan kemudiannya berkata, “Oh wow, Alhamdulillah rupanya ia bagus untuk aku.” Bayangkan seseorang memberikan anda hadiah yang anda tidak sukai dan anda mempamerkan ketidaksukaan anda itu. Kemudian apabila ia telah memberikan manfaat kepada anda, anda berkata, “Oh terima kasih, hadiah awak telah menyelamatkan saya!”

Ibn Al-Qayyim berkata, “ Allah malu pada hamba-hambaNya, tetapi hamba-hambaNya tidak malu di hadapanNya.” Allah menghantar rasul-rasul supaya kita kembali kepada Allah, Dia turun ke syurga terbawah ketika sepertiga malam yang terakhir meminta kita supaya mohon kepadaNya sekiranya kita mahukan sesuatu, untuk bertaubat dan Dia akan mengampunkan kita. Walaupun begitu, Dia tidak meminta apa-apa daripada kita. Dan kita selalu ada perkara yang dihajatkan kepadaNya dan tidak malu apabila tidak bersyukur dengan apa yang diberikanNya.

Kenal

Ibn Al-Qayyim mengatakan jika anda kenal Allah, anda akan mencintai Dia. Bagaimana mungkin anda tidak mencintai Dia yang memakbulkan doa, yang memberikan ganjaran lebih daripada yang anda beri, yang memaafkan, yang melindungi kesalahan, dan yang lebih menyayangi anda lebih daripada ibu anda sendiri?

Saksikan video di bawah. Ia adalah cerita benar tentang dua lelaki yang membesarkan seekor singa. Apabila telah besar, mereka perlu menghantar singa itu kembali ke hutan. Mereka kemudiannya berasa rindu dan mengambil keputusan untuk menjejak kembali singa itu. Lihat apa yang berlaku (muzik latar belakang sedikit mengganggu, anda boleh ‘mute’kan bunyi jika perlu):

<object width="425" height="344" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/btuxO-C2IzE&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x006699&color2=0x54abd6" /><param name="allowfullscreen" value="true" /></object>

Mereka diberitahu bahawa singa itu mungkin akan menjadi terlalu liar, tapi subhanallah lihatlah cara singa itu menyambut mereka.

Ini patut membuatkan kita terfikirkan hubungan kita dengan Allah. Dia menjaga kita setiap hari, dan berikan kita makanan dan minuman yang berkhasiat, dan apabila kita melakukan kesalahan, jika kita bertaubat, Dia mengampunkannya. Allah berfirman di dalam al-Qur’an:

“Tiadalah balasan kebaikan, melainkan kebaikan pula.” (Qur’an, 55:60)

Seekor haiwan yang pada fitrahnya liar dan ganas tahu menghargai yang lain dengan mempamerkan sifat yang baik. Bagaimana dengan kita? Inilah yang patut kita rasai dalam solat kita!

Jika anda bertemu dengan seorang raja, anda perlu membuat temujanji, dan jika temujanji anda diterima, jika baginda membenarkan, barulah anda boleh menghadap baginda, dan jika anda meminta baginda mungkin memperkenankan atau tidak. Dan jika baginda memperkenankan, anda berasa gembira dan terharu.

Bagaimana dengan Allah, yang hanya memerlukan kita untuk berdiri di antara tangan-tanganNya dengan mengangkat tangan kita dan bertakbir “Allahu Akbar” dalam solat?

Kecantikan
Oleh Jinan Yousef | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian I| Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI | Bahagian VII | Bahagian VIII | Bahagian IX | Bahagian X |Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Emosi terdalam

Hari ini kita akan pergi dengan lebih mendalam; kita telah menghadirkan hati, memahami bacaan, dan menyertakan dua jenis perasaan, kini kita akan menambah satu lagi. Dengan perasaan ini, solat kita terasa singkat, sedangkan jika kita nilai kembali masa yang telah kita gunakan, kita akan terfikir, “Adakah aku telah luangkan masa selama 10 minit?” atau 15, 20 minit (insyaAllah). Seseorang yang mula menerapkan rasa begini berharap solat itu tidak akan berakhir.

Suatu perasaan yang disifatkan Ibn Al-Qayyim sebagai “rebutan para pesaing… ia adalah santapan rohani dan kesenangan mata memandang,” dan dia juga berkata, “jika tiada perasaan ini di dalam hati, umpama jasad tanpa jiwa.”

Anda tahu apakah perasaan ini?

Cinta (الحب)

Sesetengah orang, hubungannya dengan Allah terhad kepada mengikut suruhan dan meninggalkan larangan, supaya tidak dicampak ke dalam neraka. Benar, kita mesti mengikut suruhan dan meninggalkan larangan, tetapi ia mesti dilakukan lebih daripada sekadar takut dan harap – ia sepatutnya dilaksanakan kerana cinta kepada Allah. Firman Allah:

“… nanti Allah akan mendatangkan satu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah” (Qur’an, 5:54).

Apabila sepasang kekasih bertemu, hati berdebar-debar dan terasa kehangatan dalam pertemuan itu. Tetapi apabila kita bertemu Allah, tidak ada walau satu auns pun perasaan sebegitu. Allah berfirman di dalam Al-Qur’an:

“Di antara manusia ada yang mengambil selain daripada Allah beberapa sekutu (berhala), mereka itu mengasihinya, seperti mengasihi Allah. Tetapi orang-orang yang beriman amat kasih kepada Allah” (Qur’an, 2:165).

Dan orang-orang yang beriman amat kasih kepada Allah. Perasaan rindu sepatutnya timbul, dan apabila kita mula mengangkat takbir untuk memulakan solat, kehangatan dan cinta sepatutnya mengisi hati kita kerana kita sedang bertemu Allah. Doa Rasulullah ﷺ:

اللهم إني أسألك الشوق الى لقائك

“Ya Allah, aku meminta padaMu kerana rindu untuk bertemuMu” (Nisa’i, Hakim).

Ibn Al-Qayyim menyatakan dalam kitabnya Tareeq Al-Hijratain bahawa Allah mencintai rasul-rasulNya dan hamba-hambaNya yang beriman, dan mereka mencintaiNya dan tiada apa yang lebih dicintai mereka selain Dia. Cinta ibu bapa merupakan suatu jenis kemanisan, begitu juga dengan cinta seorang anak – tetapi cinta Allah adalah lebih jauh daripada itu. Sabda Rasulullahﷺ:

“Sesiapa yang menggabungkan ketiga-tiga kualiti ini akan merasa kemanisan iman…”

Perkara pertama yang disebutkan baginda adalah:

“…bahawa Tuhan dan RasulNya lebih disayangi melebihi sesuatu apa pun…” (Bukhari)

Ibn Al-Qayyim berkata, “Memandangkan `tiada sesuatu pun yang menyerupaiNya’ (42:11), maka tiada sesuatu pun seperti mencintaiNya.”

Jika anda merasakan cinta ini kepadaNya, ia akan menjadi suatu perasaan yang sungguh mengasyikkan, sungguh manis, anda berharap solat anda akan tetap berterusan.

Saya ingin merasakan cinta ini, tetapi bagaimana?

Adakah anda benar-benar ingin merasakan cinta ini? Maka tanyalah diri sendiri – mengapa atau patutkan anda cintakan Allah? Kerana ketahuilah anda mencintai manusia kerana salah satu daripada ketiga-tiga sebab berikut (atau kesemuanya, pada tahap berbeza):

1.     Kecantikan mereka;

2.     Kerana perwatakan yang baik;

3.     Kerana mereka telah berjasa kepada anda.

Dan ketahuilah Allah mempunyai gabungan kesemua ini pada tahap yang tertinggi.

1. Kecantikan

Kita semua terpesona dengan kecantikan. Ia adalah fitrah kita untuk menyukai sesuatu yang cantik. Ali ibn Abi Talib r.a. mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ “seperti ada matahari menyinar dari wajahnya’’ Jaabir r.a. berkata: “Rasulullah ﷺ itu lebih kacak, cantik dan berseri daripada bulan mengambang” (Tirmidhi). Allah telah menjadikan kesemua rasulNya dengan kecantikan tertentu supaya manusia akan tertarik secara semulajadi kepada mereka.

Dan kecantikan itu bukan sekadar di wajah, kerana kecantikan itu terdapat pada setiap ciptaan dan mampu memukau kita dan sekaligus memberikan kita ketenangan. Sinaran bulan sabit pada malam yang tenang, keasyikan air terjun yang jatuh dari beribu-ribu kaki tingginya, matahari terbenam di sebalik lautan… Sesuatu tentang pemandangan alam semulajadi yang terpelihara kecantikannya mengusik jiwa kita. Jika kita tinggal di bandar setelah sekian lama, cuba perhatikan:

<object width="425" height="344" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/nUPeP-mVQJU&hl=en_US&fs=1&color1=0x006699&color2=0x54abd6" /><param name="allowfullscreen" value="true" /></object>

Dan Allahlah yang menjadikannya cantik. Maka bagaimana pula kecantikan Allah? Ibn Al-Qayyim berkata, “Cukuplah untuk menyedari kecantikan Allah apabila kita tahu bahawa setiap kecantikan dalaman dan luaran hidup ini dan selepas kebangkitan diciptakan olehNya, maka bagaimana pula kecantikan pencipta mereka?”

Fitrah mencintai kecantikan ini kerana Allah itu sendiri cantik. Salah satu namaNya ialah Al-Jameel (Yang Maha Cantik). Ibn Al-Qayyim mengatakan bahawa kecantikan Allah tidak dapat dibayangkan oleh sesiapa pun dan hanya Dia yang tahu. Ibn Al-Qayyim mengatakan jika kesemua ciptaan adalah yang tercantik (bayangkan jika setiap manusia itu cantik seperti Nabi Yusuf a.s., dan seluruh dunia ibarat syurga), dan kesemua mereka digabungkan dari awal masa sehingga Hari Pengadilan, mereka tidak akan setanding walau sinaran matahari sekalipun jika dibandingkan dengan Allah. Kecantikan Allah sungguh hebat, kita tidak dapat memperolehinya dalam dunia ini. Dalam Qur’an, Allah menyatakan permintaan Musa a.s.:

“Setelah datang Musa pada waktu perjanjian Kami, dan Tuhan berfirman (berkata-kata) dengannya, lalu dia berkata: Ya Tuhanku perlihatkanlah (zat) Engkau kepadaku, supaya dapat aku melihatMu. Tuhan berkata: Engkau tidak akan dapat melihatKu, tetapi lihatlah bukit ini, jika ia tetap di tempatnya, nanti engkau akan melihatKu. Setelah terang sebahagian kecil nur Tuhannya di bukit itu, lalu bukit itu menjadi pecah dan Musa jatuh pengsan ke bumi” (Qur’an, 7:143).

Sedangkan gunung tidak mampu menahan kecantikan Allah dan menjadi hancur, dan apabila Musa a.s. melihatnya (dia tidak terlihat akan Allah), dia jatuh pengsan. Inilah sebabnya pada Hari Pengadilan cahaya Allahlah yang akan menerangi keseluruhannya. Kita memperkatakan tentang kecantikan yang memukau, tapi kita sendiri belum mengalami kecantikan Allah. Sementara apa yang ada di dunia ini cantik atau mulia, atau jika digabungkan kedua-duanya mereka masih terbatas, kemuliaan dan kecantikan sebenar hanyalah pada Allah. Allah berfirman dalam Qur’an:

“Dan tinggallah zat Tuhanmu yang mempunyai Kemuliaan dan Kehormatan”        (Qur’an, 55:27)

Berpandukan ini, Rasulullah s.a.w. bersabda:

إن الله ينصب وجهه لوجه عبده في صلاته ما لم يلتفت

“Allah memandang terus ke muka hambaNya yang bersolat, selagi dia tidak berpaling”  (Tirmidhi).

Ingat ini dalam solat anda, dan minta pada Allah agar diberikan peluang untuk merasakan nikmat melihatNya di dalam syurga.

Bolehkah kita mengangkat cinta ini ke peringkat seterusnya? Minggu depan insyaAllah!

Solat Ali
Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian I| Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI | Bahagian VII | Bahagian VIII | Bahagian IX | Bahagian X |Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Bila tibanya waktu solat, Ali r.a. akan mula menggigil dan warna mukanya akan berubah. Bila ditanya, “Apa yang tidak kena?” dia akan menjawab, “Masanya telah tiba untuk suatu amanah yang telah dikemukakan kepada langit dan bumi serta gunung-ganang dan mereka enggan memikulnya (Qur’an, 33:72), dan aku telah sanggup memikulnya.”

Solat mereka berbeza dengan kita, kerana perasaan mereka terhadap solat turut berbeza. Kita ingin menyemarakkan lagi rasa ini supaya kita dapat merasa kemanisan dalam solat ini.

Jadi kita telah selesai bermula daripada menghadirkan hati, kepada memamahi, kepada rajaa (telah ditafsirkan dalam siri sebelumnya). Dan sekarang kita mahu mengimbangi rajaa dengan sesuatu yang lain.

Sebelum bermula, saya ingin mengingatkan bahawa kita masih belum membuka kunci kepada kemanisan bersolat. Kita akan menerokanya nanti… tapi bukan hari ini.

Hayba

Hayba adalah suatu ketakutan yang kita patut ada terhadap Allah. Malangnya apabila ditafsirkan ke bahasa Inggeris, perkataan seperti ‘hayba’, ‘khashya’, ‘khawf,’ dan sebagainya akan hilang dalam tafsiran dan hanya ditafsirkan sebagai ‘takut’, sedangkan terdapat perbezaan halus tapi penting di antaranya.

Ibn Al-Qayyim telah menunjukkan kita perbezaan-perbezaan yang penting:

‘Khawf’ ialah melarikan diri dari perkara yang anda takut, dan tidak memerlukan pengetahuan tentang apa yang ditakuti. Anda boleh rasa takut, atau merasa ‘khawf’ terhadap kegelapan.

‘Khashya’ pula adalah takut dengan pengetahuan. Semakin banyak seorang hamba tahu tentang Tuhannya, semakin banyak ‘khawf’ yang menjadi ‘khashya’. Seperti firman Allah:

“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang yang berilmu” (Qur’an, 35:28).

“Only those fear Allah, from among His servants, who have knowledge” (Qur’an,35:28).

Tetapi ‘hayba’ adalah takut yang disertai dengan rasa hormat, kagum dan penyanjungan. Anda boleh merasakannya, contohnya takutkan api. Tapi takut itu adalah kerana api itu boleh membahayakan anda, tetapi api itu tiada ‘hayba’; anda tidak menyanjungnya. Tetapi seseorang ayah mungkin ada sedikit ‘hayba’ ini; anda akan menjadi takut apabila anda berbuat salah.

Pertama rajaa, sekarang hayba?

Bukankah kedua-dua ini rasa bertentangan? Bagaimana kita boleh menggabungkannya? Ia tidak susah kerana kita lakukannya setiap hari apabila kita berurusan dengan orang-orang di sekeliling kita. Seorang pelajar yang yang menghantar kertas peperiksaanya yang teruk kepada gurunya yang baik, akan takut gagal kerana dia tahu kertasnya itu teruk, tapi pada masa yang sama akan berharap, rajaa’, yang gurunya akan memastikan dia lulus kerana gurunya mempunyai belas kasihan.

Ini tidak terlalu berbeza apabila anda berurusan dengan Allah. Apabila anda tahu dosa anda dan berada di hadapan Allah, anda akan merasa takut tetapi pada masa yang sama anda berharap sifat pemurah Al-Kareem, yang Maha Pemurah. Ini amat jelas dalam “sayyid al-istighfar” (penghulu kepada doa keampunan), doa yang digalakkan untuk diamalkan setiap pagi dan petang, yang telah Rasulullah ﷺ nyatakan sebagai cara terbaik memohon keampunan:

“Allahumma, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu, (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung padaMu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.”

Perhatikan dalam doa ini anda menggabungkan rajaa dan ketakutan, anda mengaku kesalahan anda, tetapi anda juga meminta Allah mengampunkannya.

Permata di sebalik ketakutan

Setiap perkara yang anda takut, anda lari daripadanya, kecuali Allah. Takut anda terhadap Allah menyebabkan anda lari kepadaNya. Allah berfirman:

“Maka segeralah kamu kembali kepada Allah” (Qur’an, 51:50).

Dalam doa Rasulullah ﷺ:

لا ملجأ ولا منجأ منك الا اليك

“Tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripadaMu selain bersamaMu.”

Rasulullah ﷺ juga bersabda:

اللهم إني أعوذ برضاك من سخطك، وأعوذ بمعافاتك من عقوبتك، وأعوذ بك منك لا أُحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك

“Ya Allah, aku mohon perlindungan denganMu untuk kesenanganMu dan daripada kemurkaanMu dan dalam keampunanMu dan daripada hukumanMu dan dalamMu daripadaMu. Aku tidak mampu membesarkanMu sepertimana Engkau membesarkan diriMu.” (Muslim)

Anda tahu kemurkaan Allah tetapi anda juga memohon perlindungan dalam keampunanNya, dan tahu perlindungan itu hanyalah dengan kembali kepadaNya. Ibn Al-Qayyim menyebut tentang doa ini khususnya bahawa iada sesiapa pun tahu tahap tauhid dan pengetahuan dan penghambaan dalam perkataan-perkataan ini kecuali mereka yang mempunyai pengetahuan yang mendalam. Dia berkata jika seseorang ingin mengkaji maksud keseluruhan doa ini, ia akan menjadi sebuah buku yang tebal, dan untuk mendapatkan pengetahuan seperti ini diumpamakan dengan sesuatu yang tiada mata pernah melihat, tiada telinga yang pernah mendengar dan tidak pernah dibayangkan oleh mana-mana manusia.

Pengetahuan tentang Allah dan pengetahuan tentang anda

Hayba merupakan tahap ketakutan yang paling tinggi, kerana ia bersekali dengan kagum, cinta dan pengetahuan. Ketakutan ini bertambah apabila seseorang hamba itu menambah pengetahuannya tentang Allah dan tentang dirinya. Apabila anda menambah pengetahuan tentang Allah, dan mengetahui kekuasaanNya dan keagunganNya, ketakutan anda bertambah. Pada malam Rasulullah ﷺ naik ke langit (mikraj), Rasulullah s.a.w. menyifatkan Jibril yang mempunyai 600 sayap dan malaikat yang terpilih untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulullah ﷺ, dalam keadaan takut.

Dan apabila kita kenang kembali dosa-dosa kita, berbanding kekuasaan dan keagungan Allah, kita bertambah takut. Kita sedar kekurangan kita dan ketidakendahan kita, dan kenyataan bahawa kita diberikan peluang adalah kerana kesabaran Allah.

Kebanyakan rasa takut itu melemahkan semangat, kecuali takut kepada Allah, hayba, kerana hanya Allah yang akan memberi petunjuk kepada tempat yang terbaik: Syurga, insyaAllah.

Mari kita semaikan rasa hayba terhadap Allah ini, dengan rasa rajaa di dalam solat kita.

*Rujukan: Sesiapa yang membaca dengan keyakinan pada petang hari, dan mati pada malamnya akan masuk ke dalam syurga, dan sesiapa yang membaca dengan keyakinan pada waktu pagi dan mati pada hari itu akan masuk ke dalam syurga, Al-Bukhari 7/150. Sumber lain adalah An-Nasa’i and At-Tirmithi.

Taubat Abu Nuwas
Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian I| Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI | Bahagian VII | Bahagian VIII | Bahagian IX | Bahagian X |Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Abu Nuwas dahulunya gemar minum dan menyebut perkara-perkara lucah, dengan mengada-adakan rangkap syair dan menyanyi tentang perkara-perkara yang tak sepatutnya. Namun dia telah berubah dan bertaubat kepada Tuhan. Orang ramai terkejut – Abu Nuwas, seseorang yang dikenali sebagai kaki mabuk? Abu Nuwas lelaki yang miang itu? Ini kerana mereka menyangka Allah tidak akan mengampunkan dia dan Allah tidak akan menunjukkan belas kepada dia. Maka dia telah menulis bait-bait sajak, dan mereka menemui bait-bait ini di bawah katil tempat dia meninggal dunia. Rangkap-rangkap sajak itu berbunyi:

Wahai Tuhanku, jika kehebatan dosa-dosaku bertambah, maka aku tahu keampunanMu itu lebih hebat

Jika hanya orang-orang yang benar terpanggil kepadaMu, maka kepada siapakah penjahat akan mengadu?

Aku meminta kepadaMu Tuhanku, seperti perintahMu, dengan sanjungan

Dan jika engkau tidak mengendahkan permintaanku, maka siapa lagi yang akan memberi kasih sayang?

Apakah yang anda rasa?

Minggu lepas kita memperkatakan tentang menghadirkan hati dan memahami apa yang kita lafaz. Minggu ini, kita akan pergi dengan lebih mendalam insyaAllah. Ramai orang yang tiada perasaan, tiada emosi ketika bersolat. Walhal jika mereka bertemu dengan kawan, mereka pasti akan merasa seronok, dan akan merasa berat hati ketika berpisah, dan akan merasa rindu jika lama tidak bertemu. Kepelbagaian emosi ini timbul apabila mereka berjumpa dengan kawan; tapi jika bersolat iaitu bertemu dengan Allah, kita tidak merasa apa-apa. Inilah sebabnya ia tidak memberi kesan ke atas tindakan kita setelah kita sudah bersolat. Jadi apa yang patut kita rasa?

Peringkat ketiga: Rajaa

Apakah peringkat ketiga ini? Datang menghadap Allah ketika anda inginkan dan berharap akan keampunanNya. Dan anda berpendapat bahawa insyaAllah Dia akan menerima dan membawa anda dekat kepadaNya. Ini adalah perasaan rajaa. Seseorang yang merasakan rajaa ini tinggi bersama Allah, kerana ini berkaitan tentang hati. Apa gunanya memberi perhatian dan pemahaman sedangkan semuanya mekanikal? Kemanisan bersolat ketika anda datang kepadaNya dengan rajaa adalah lebih hebat.

Bagaimana dapat anda merasakannya?

Anda akan dapat merasakannya  jika anda mengenal Allah. Makin anda kenal Allah, makin hebat rajaa anda pada Allah. Allah lebih kasihkan anda melebihi kasih ibu anda sendiri. Anda hanya perlu bersangka baik dengan Allah, dan Allah adalah seperti apa yang anda sangkakan padaNya. Jika anda menyangka Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun, maka begitulah Dia pada anda. Ia semudah itu – kerana Allah sendiri telah mengatakannya. Rasulullah ﷺ bersabda, “Allah berfirman, ‘Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan.”

Jika kita renungkan maksudnya sebelum bersolat, pastinya ada sesuatu tergerak dalam diri kita dan mempengaruhi pandangan kita tentang solat kita. Ibn Al-Qayyim berkata, “Allah tidak mempunyai sebarang kesedihan terhadapmu yang mana akan terubat jika Dia menghukummu.”

Maksudnya Allah tidak ada kesedihan terhadap anda dan Dia tidak mahu menghukum anda. Bagaimana Allah telah mengatakan bahawa kasih sayangNya melebihi kemurkaanNya, apabila Dia sendiri telah menetapkan rahmatNya? Allah telah berfirman:

كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ

“Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya untuk memberikan rahmat” (Qur’an, 6:54)

Subhanallah – bagi kebanyakan kita masa lalu telah lama ditinggalkan dan kita telah menunaikan solat kita, namun tidak pernah kita datang kepada Allah dengan perasaan sebegini, walaupun Dia menyukai kita yang datang meminta kasih sayangNya. Allah berfirman di dalam Qur’an:

وَاللَّهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَن تَمِيلُوا مَيْلًا عَظِيمًا

“Allah menghendaki supaya Dia menerima taubatmu, dan orang-orang yang mengikut syahwatnya menghendaki supaya kamu terpesong (dari kebenaran) dengan kepesongan yang hebat. Allah menghendaki supaya diringankan bagimu (peraturan agama) kerana manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah.” (Qur’an 4:27-28)

Cuba ini dalam solat anda seterusnya

Yakin dengan sepastinya bahawa Allah mahu memaafkan anda, mengampunkan anda dan kasihkan anda. Yakin dan berharap padaNya bahawa dia akan memasukkan anda ke dalam syurga, dan bukan itu sahaja, tetapi boleh menjadi jiran Rasulullah s.a.w. Ini bukan sekadar omong kosong. Allah sendiri telah berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Berkata Tuhanmu, ‘Mintalah kepadaKu, nescaya aku perkenankan permintaanmu” (Qur’an, 40:60)

Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Mintalah kepada Allah dengan yakin bahawa Dia akan mengabulkan.” Jika itu yang anda buat, Dia akan bagi LEBIH daripada yang anda mahu. Tapi ingat ia mestilah rajaa dan bukan `amany`. Apakah bezanya?

Rajaa adalah kesemua rasa yang kita sebutkan di atas, tapi disertai dengan usaha dan kesungguhan. `Amany` adalah rasa-rasa tersebut, tapi tanpa kesungguhan – mengharap kasih Allah, tapi melakukan perkara-perkara yang dibenciNya dengan sengaja. Allah berfirman:

وَإِنِّي لَغَفَّارٌ لِّمَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا ثُمَّ اهْتَدَىٰ

“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal salih, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.” (Qur’an, 20:82).

Dan dengan ini Dia akan memberikan anda lebih daripada apa yang anda minta dan lebih daripada sepatutnya.

Kasih sayang

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="344" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/mD5bCNvAihU&hl=en_US&fs=1&" /><param name="allowfullscreen" value="true" /></object>

Subhanallah dengan penjagaan yang ditunjukkan oleh singa betina terhadap anak harimau bintang itu. Yang meletakkan rasa kasih di dalam hatinya, walaupun ia bertentangan dengan sifat semulajadinya? Telah dilaporkan bahawa selepas anak harimau bintang itu dimakan oleh sekumpulan singa jantan, singa betina itu kemudiannya menjaga lima ekor lagi anak harimau bintang.

Allah mempunyai 99 bahagian kasih sayang, dan telah memperuntukkan satu bahagian kasih sayang itu ke bumi. Satu bahagian ini amat hebat yang telah menukarkan kebinatangan singa betina itu yang menjurus kepada memburu mangsa, kepada sayang. Jadi bagaimana dengan kasih sayangNya, dalam 99 bahagian yang lain, pada Hari Pengadilan nanti? Jika Allah telah mengatakan kasih sayangNya meliputi semua perkara, takkanlah ia tidak termasuk anda? Ia telah meliputi semua tindakan yang lebih teruk daripada apa yang anda lakukan, seperti lelaki yang telah membunuh 99 orang dan kemudiannya membunuh seorang lagi hingga jumlahnya menjadi 100 orang, dan Allah telah mengampunkan dia. Bagaimana mungkin Dia tidak mengampunkan dan memberi kasih sayangNya pada anda?

Jadi bagaimana dapat anda merasai kasih sayang Allah? Mintalah di dalam solat anda.

Bagaimana merasa kemanisan bersolat
Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian I | Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI | Bahagian VII | Bahagian VIII | Bahagian IX | Bahagian X |Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Segala puji bagi Tuhan, selawat serta salam ke atas Nabi junjungan.

Seketika tadi, sebuah rancangan Arab disiarkan dengan tajuk ”كيف تتلذذ بالصلاة؟” yang bermaksud “Bagaimanadapat kamu merasa kemanisan bersolat? Oleh seorang da’iya muda Kuwait bernama Mishary Al-Kharaz. Bagi kebanyakan kita, khusyuk ketika dalam solat itu turun naik. Apa itu khusyuk? Ia adalah keadaan minda yang mengandungi ketenangan, kedamaian, martabat dan rasa rendah diri ketika dalam solat, yang bertunas dari dalam hati seseorang ketika berdiri di hadapan Allah dengan penuh kelemahan dan kepatuhan. Kadangkala ketika dalam solat, kita begitu khusyuk dan memahami setiap perkataan; namun ada ketikanya ia hanyalah sekadar pergerakan ibadah, tidak lebih dari itu. Insya’Allah, saya akan cuba merumuskan perkara-perkara utama dalam rancangan ini setiap minggu.

Kisah Ansar dan Muhajirin

Dalam sunan of Abu Dawud, telah diriwayatkan dengan rantaian yang baik (hasan), di mana dalam salah satu peperangan, Nabi Muhammad ﷺ telah melantik dua pengawal, seorang dari puak Muhajirin dan seorang lagi dari puak Ansar. Pada suatu masa, lelaki Ansar itu telah bangun untuk bersolat namun lelaki Muhajirin itu tidak mahu menyertai kerana mahu tidur. Seorang lelaki musyrikin yang terlihat peristiwa ini telah melepaskan anak panah ke arah lelaki Ansar yang sedang bersolat. Panah itu mengena, namun lelaki Ansar itu berusaha dengan sedaya upaya untuk mencabut panah itu dan meneruskan solat dengan darah yang mengalir. Lelaki musyrikin itu kemudiannya melepaskan satu lagi anak panah. Lelaki Ansar itu berjaya mencabut panah itu dan meneruskan solatnya. Namun, lelaki Ansar itu tidak dapat menahan sakit akibat panah ketiga, dan terus rukuk dan sujud. Ketika inilah lelaki Muhajirin itu terjaga, lantas terlihat rakannya itu dibasahi darah. Lelaki musyrikin yang menyedari kejadian itu terus melarikan diri. “Subhanallah! Mengapa kamu tidak kejutkan aku ketika kamu mula-mula dipanah?!” tanya lelaki Muhajirin itu. Lelaki Ansari itu menjawab, “Aku sedang membaca surah yang aku gemar, dan aku tidak mahu ia terhenti.” Allahu Akbar! Bayangkan keadaan orang ini bersolat.

Kemanisan bersolat

Solat merupakan salah satu bentuk pengabdian yang cantik. Apabila seseorang itu bertaslim* untuk mengakhiri solatnya, dia pasti mendapat ketenangan. Ibn Al-Jawzi ada mengatakan tentang solat:

إنا في روضة طعامنا فيها الخشوع و شرابنا فيها الدموع

“Kita di dalam sebuah taman, di mana khusyuk menjadi makanan kita, dan air mata yang mengalir itu adalah minuman kita.”

Bagi seseorang yang betul-betul khusyuk di dalam solatnya, jiwanya langsung tidak bersama dirinya; bak kata Ibn Taymiyya, jiwanya sebenarnya sedang berlegar-legar di ‘Arasy Allah.

Seseorang mungkin berpendapat itu hanya berlaku di kalangan orang dahulu kala. Tiada siapa yang dapat merasa seperti itu lagi sekarang. Namun ini tidak benar; seseorang itu perlu menyedari kepentingan solat dan menyelongkar rahsia khusyuk untuk merasa kemanisan yang unik ini. Solat itu kemudiannya menjadi pelindung anda; penghilang tekanan anda; sesuatu yang dinanti-nantikan; dan sesuatu yang anda harapkan berkekalan.

Mari kita membongkar rahsia-rahsia ini dan berhubung dengan sebenar-benarnya dengan Tuhan kita ketika solat.

Langkah pertama

Langkah pertama ialah dengan membetulkan pemahaman kita tentang khusyuk. Khusyuk bukan sekadar bermakna bahawa anda sedang menumpukan perhatian dan tidak terganggu. Menghadirkan hati hanyalah sekadar tahap pertama khusyuk. Ia seolah-olah anda baharu sahaja melepasi pintu masuk, dan kemudiannya perlu meneroka seluruh isi rumah. Ada pelbagai tahap untuk mencapai khusyuk.

Sesetengah orang mungkin berkata menghadirkan hati itu sahaja sudah sukar. Sebelum bersolat, kita perlu melihatnya secara perspektif. Katakan kita memperuntukkan masa 10 minit untuk bersolat. Ia sama dengan 50 minit sehari, tidak sampai sejam pun. Baki 23 jam lagi adalah untuk urusan duniawi. Jadi tidak bolehkah kita peruntukkan 50 minit ini hanya untuk Allah, atau kita mahu menggunakannya untuk urusan duniawi juga?

Fikirkan perkara ini sebelum anda bersolat, supaya diri anda tidak mengatakannya terlalu susah untuk fokus – kerana anda boleh. Ingatlah kemanisan berada di hadapan Allah adalah melebihi kemanisan duniawi yang menggangu tumpuan anda.

Peringkat terhebat

Ada peringkat yang lebih hebat, iaitu pemahaman. Fahami betul-betul apa yang anda sebut dan hayati. Dalam rancangan itu, Mishary Al-Kharaz menyatakan: “Mari saya kenalkan dengan salah satu pesaing terbesar anda dalam solat.” Tahukan anda siapa yang diperkenalkannya?

Salah satu tiang di dalam masjid. Ya, tiang fizikal yang sebenar. Mana-mana tiang, sama ada anda di rumah, tempat kerja, atau masjid, adalah pesaing anda. Mengapa?

Kerana jika anda berdiri dalam solat, ia berdiri lebih lama. Apabila anda sujud, ia sujud lebih lama. Anda bertasbih, ia bertasbih lebih lama. Bagaimana? Allah berfirman di dalam Qur’an:

وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ

“..dan tidak ada sesuatu (makhluk) pun kecuali ia bertasbih memuji Tuhannya, tapi kamu tidak memahami tasbih mereka,” (Qur’an, 17:44).

Dan:

أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يَسْجُدُ لَهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ وَٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ وَٱلنُّجُومُ وَٱلْجِبَالُ وَٱلشَّجَرُ وَٱلدَّوَآبُّ وَكَثِيرٌۭ مِّنَ ٱلنَّاسِ ۖ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ ٱلْعَذَابُ

“Tidakkah kamu melihat hanya Allah yang disembah oleh semua yang di syurga dan semua yang di bumi dan matahari, bintang, gunung, pokok, ciptaan bergerak dan kebanyakan manusia? Namun telah ditetapkan azab kepada kebanyakan mereka.” (Qur’an, 22:18).

“Tapi saya baca Qur’an!” jawab anda. Bukan anda saja yang membaca Qur’an.

Jika anda bertanya kepada tiang, atau burung kakak tua, apa yang mereka faham, mereka tidak akan menjawab. Jadi kita perlu bertanya diri kita – adakah kita lebih baik dari mereka? Apakah maknanya apabila kita menyebut “sami’a Allahu liman hamida“? Bagaimana dengan tahiyyat? Bukan sekadar maksudnya, namun maksud yang lebih mendalam. InsyaAllah melalui siri ini kita akan memahami maksud-maksud tersebut supaya kita kita boleh mencapai tahap kekhusyukan ini.

Satu perkara lagi…

Jangan berkata, “Tapi saya tak boleh!” Bagaimana mungkin Allah memerintahkan kita supaya khusyuk dalam solat tetapi ia adalah mustahil untuk kita lakukan? Walaupun bahasa Arab bukanlah bahasa pertama anda – adakah Allah tidak tahu bahawa Islam akan tersebar jauh dan luas? A’udhubillah daripada terfikirkan perkara sebegitu.

Jadi ingatlah bahawa anda boleh. Usaha, dan anda boleh mencapainya insyaAllah. Ingatlah Allah Maha Pemurah, lebih pemurah daripada apa yang kita sangkakan. Jika selangkah anda mendatangiNya dengan berjalan, Dia akan datang berlari kepada anda. Firman Allah:

وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ

“ Orang-oang yang berjuang (dalam menunaikan hak) Kami, nescaya kami tunjuki mereka ke jalan Kami.” (Qur’an, 29:69)

Jadi bismillah, dan insyaAllah marilah berdoa apabila sampai ke penghujung nanti, kita akan menjadi lebih khusyuk daripada sebelum-sebelumnya.

* “Tasleem” ialah melafazkan salam ketika di penghujung solat

Menghadapi Dugaan Di Musim Panas Sediakan Payung Taqwa
Oleh Suhaib Webb | Diterjemahkan oleh Umm Adam

Harapanku agar sekalian pembaca semuanya sihat, dan doaku, agar jiwamu terasa hampir dengan Allah sentiasa.  Disini aku ingin berkongsi pengalaman dengan para pembaca. akan saat permulaan aku memeluk agama Islam, lebih kurang 10 tahun yang lepas. Dugaannya besar sekali bagiku, terutama sekali berkaitan dengan isu “awek-awek” atau gadis-gadis jelita.  Di kampus universiti memang tidak terkira godaannya.  Apa tidaknya, cara hidupku sebelum memeluk Islam berbeza sekali dengan cara hidup Islam yang seharusnya.  Aku berpeluang mengecapi kejayaan sebagai seorang DJ. (Sukar untuk aku menggambarkan betapa gembiranya hatiku ketika aku mula-mula membuat re-mix lagu dengan “four track mixer”.  Pasti pembaca mentertawakanku!  Ketinggalan zamanlah, brother!  Tetapi hakikatnya, bakatku dalam bidang muzik memang terserlah ketika itu.  Pada masa yang sama aku hampir menjadi ahli persatuan Greek – Alpha Phi Alpha di universitiku dan hampir menjalani tempoh penilaiannya yakni, “ragging” yang dipanggil “Burning Sands.”  Pujian hanya bagi Allah yang memberiku hidayah sehingga aku menjadi seorang Muslim dan mula menjauhkan diri dari perkara-perkara mungkar sebegini.  Semua dugaan-dugaan ini merupakan cubaan yang hebat bagiku, namun tidaklah sehebat cubaan yang berkaitan dengan kaum Hawa.

Aku faham benar perasaan remaja dan pemuda-pemudi ketika berhadapan dengan bermacam dugaan-dugaan orang muda.   Di Barat musimnya bertukar-tukar sepanjang tahun, dari musim sejuk ke musim bunga, dari musim bunga ke musim panas.  Apabila musim panas tiba, godaan yang datang di sekitarmu semakin meningkat kerana manusia disekitarmu gemar menyingkap pakaian mereka.  Dari pakaian yang menutupi tubuh di musim sejuk, tiba-tiba bertukar stail kepada pakaian yang mendedahkan tubuh di musim panas.  “Jangan ditenung! Jangan ditengok! Jangan dilihat!

Sukar sekali untuk mengelakkan penglihatan ini dari menjamah juadah yang di depan mata sekiranya hati dan rohani tidak akur dengan Kebesaran Allah dan jiwa tidak bersyukur dengan Rahmat dan Limpahan Kurnia-Nya.

Disini ingin ku kongsi serba sedikit ilmu yang ku kutip dari Sheikh Ibrahami al-Khalifa yang datang menziarahi Mesir dari Arab Saudi selama beberapa minggu.  Malam kelmarin aku berpeluang menghadiri program bacaan Shamail Muhamadiyah darinya.  Memandangkan semua peperiksaanku telahpun selesai, aku berniat untuk mendapatkan manfaat darinya seketika dia berada di bumi Mesir ini.   Seketika aku menulis artikel ini, pusat bandar Kahirah terbayang di mataku.  Jalannya penuh sesak dengan kereta, bas, keldai, lembu dan pencemaran alam.  Udara disini begitu panas dan kotor.  Bayangkanlah! Apabila titisan air sembahyang diwajahku bercampur dengan debu panas Mesir, ia menghasilkan habuk yang tidak banyak bezanya dari habuk yang terkeluar dari beg vakum (vacuum bag).  Cuaca panas terik sebegini membuatkanku terkenangkan yang jauh…termasuklah semua “homies-ku” di Amerika: My Boyz di Chicago, “brothers” di L.A. dan “the Bay”. Rindu rasa hatiku pada mereka.   Perasaan kasih kepada saudara Islam kita adalah perasaan yang timbul dengan sendirinya dan patut kita hargai sepenuhnya.  Bagaimana agaknya tingkah-laku seseorang itu apabila kehilangan dompet  ataupun buku ceknya?  Sebeginilah sepatutnya kita bertingkah-laku terhadap saudara seagama kita yang tiada disisi.

Menyambung kisah seterusnya.  Sheikh Ibrahimi seterusnya mengupas kitab Risalat Mustarshidin karangan al-Muhasibi dengan tahqiq oleh Sheikh Abdul Fatah Abu Ghuda, salah seolah ahli hadith terhebat se-abad yang lepas.  Sheikh tersebut mengingatkan para hadirinnya bahawa ibadat harus dilaksanakan dengan hati yang jelas membayangkan akan hampirnya Hari Akhirat itu.  Kita harus sentiasa membayangkan seolah-olah kehidupan kita sekarang ini telah berada di penghujungnya, dan pada bila-bila masa sahaja Allah akan menemukan ajal kita.  Ujar Sheikh tersebut,” Bersedialah kalian!  Jangan terpedaya dengan keenakan dunia ini!  Kita harus menjadi insan yang salih.  Kita harus menghormati semua orang and mendirikan sembahyang setiap waktu dengan tulus ikhlas, seolah-olah kita sudah bersedia untuk meninggalkan dunia ini.”   Dengan penuh bijaksana, Sheikh Ibrahimi mengaitkan setiap dosa yang sering kita lakukan dengan sifat tanggungjawab yang sepatutnya ada dalam diri kita.  Kita harus merasa tanggungjawab untuk mengelak dari melakukan dosa kerana kita tahu bahawa setiap insan itu pasti menemui maut.  Selepas menghembuskan nafas yang terakhir, kita akan disoal tentang semua amalan kita di dunia ini.   Sebak dadaku mendengar nasihat dan hikmah yang terkandung dalam Kitab Imam al-Muhasibi sebagaimana yang dikupas oleh Sheikh Ibrahami itu.

Ini sekadar nasihatku untuk saudara dan saudariku sekalian:

Sheikh Ibrahimi turut menyelitkan suatu kisah menarik berkaitan dengan isu tanggungjawab terhadap dosa-dosa yang kita lakukan saban hari.  Bagiku kebolehannya menyelitkan kisah kehidupan seharian dalam perbincangan agama, adalah suatu petanda akan seorang imam, guru atau sheikh yang berkaliber.  Stail ceramah beliau bisa melatih lebih ramai pendakwah akan datang, melembutkan hati pendengarnya and mematikan bara api yang menyala disebabkan oleh dosa-dosa yang pernah kita lakukan.    Sheikh tersebut mengisahkan berkenaan seorang anak muda dibawah pemerintahan Khalifah ‘Umar.  Pemuda ini hidup bergelumang dosa kerana asyik menurut nafsu dirinya sendiri.  Pemuda ini akhirnya terperangkap disebabkan oleh tenungan terhadap seorang gadis.  Dikala dia hampir melakukan dosa dengan gadis tersebut, tiba-tiba kedengaran olehnya bacaan suci Al-Qur’an, lalu dia bangkit berdiri sambil menggeletar ketakutan mengenangkan seksaan Allah lalu tidak semena-mena dia menghebuskan nafas akhirnya di situ juga. ‘Umar yang mengebumikan mayat pemuda ini selepas mendengar akan cara matinya, terus membacakan sepotong ayat dari Surah al-Rahman yang berbunyi: “Dan bagi orang yang takut akan saat menghadapi Tuhannya ada dua syurga.”   Tiba-tiba saja muncul jawapan dari dalam kubur pemuda itu yang mengatakan, “Kami dapati bahawa janji Tuhan itu benar.”

Saudara saudariku sekalian,

Hakikatnya godaan di musim panas itu memang hebat buatmu.  Menurut penelitian statistik di Barat, apabila cuaca meningkat,  kejadian jenayah turut meningkat.   Di dalam menghadapi ujian sebegini, penting sekali bagi kita mengingatkan Ke-Agungan Allah dan segala limpah kurnia-Nya.   Berfikirlah sejenak!  Cuba dipadamkan mesin PS3 itu!  Letakkan I-Pod itu ketepi dan berfikirlah walaupun seminit.  Cuba dibatasi penggunaan Internet yang terlalu kerap and sedarkan diri kita sendiri bahawa Tuhan akan menyoal kita semua akan penggunaan masa kita dizaman muda.  Apakah perancangan masa hadapan kamu?   Bagaimana pula perancangan masa santai kamu di musim panas ini?

Cubalah ditutup semua alat-alat hiburan buat sementara dan alihkan tumpuanmu ke lubuk hatimu pula.  Sediakan suatu matlamat atau perancangan untuk berbakti kepada masyarakat sekeliling.  Kita harus sentiasa mengingatkan diri kita, bahawa Tuhan itu sentiasa memerhatikan kita, termasuklah di waktu kita menghadapi dugaan.  Sekiranya dugaan itu begitu sukar untuk kita atasi, Tuhanlah yang Maha Mengetahui akan kesulitan yang kita hadapi.  Inilah peluangnya untuk kita berdo’a kepada Nya dan memohon perlindungan Allah dari godaan Iblis.  Aku yakin kalian semua mampu menjalankan berbagai aktiviti berfaedah untuk masyarakat sekeliling kita.

Disini inginku sarankan beberapa aktiviti:

1. Melawat tempat-tempat menarik dan berfaedah dengan sahabat yang baik perilakunya.

Menurut hadis Rasulullah ﷺ:

“Keimanan seseorang itu amat berkaitan dengan iman rakannya”  Begitu juga kisahnya dalam hadis Nabi yang mencerita kisah tiga orang pemuda yang terperangkap didalam gua.  Mereka tidak mungkin dapat keluar dari gua tersebut jika tidak disebabkan oleh keikhlasan ketiga-tiga anak muda itu yang akhirnya menggerakkan batu besar yang menutup gua tersebut sedikit demi sedikit.

2. Sediakan perancangan kamu di musim cuti ini, dalam bentuk:

Kemasyarakatan: hulurkan sumbangan sukarela dengan persatuan Muslim atau bukan-Muslim dikawasan tempat tinggalmu.

Kerohanian: teguhkan sembahyang lima waktu setiap hari dan lebih bertuah lagi jika dirimu mampu mengerjakan sembahyang tahajjud dan puasa sunat.

Pendidikan: hadiri kelas pengetahuan Islam untuk meneguhkan imanmu

Kekeluargaan: luangkan masa dengan suami atau isteri (segerakan bernikah jika mampu), anak-anak dan kaum keluarga.

3. Sertai aktiviti-aktiviti seperti berikut:

1. Qiyamullail

2. Pertandingan sukan seperti basketball sepanjang malam.  Ini boleh diikuti

oleh Qiyamullail, solat Subuh dan disudahi dengan roti canai mamak.

3. “Sleepovers” di rumah rakan.

4. “Camping” atau berkelah di tepi pantai.

5. Beri’tikaf seminggu sekali

Ku do’akan semoga Tuhan sentiasa menghulur bantuan dan rahmat-Nya buat kita, agar kita menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah.  Sekiranya pembaca sekalian ada mempunyai banyak idea lain lagi, silalah kirimkan idea tersebut padaku.