Malay

Yang Menguasai Hari Pembalasan

Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IX | Bahagian XBahagian XIBahagian XIIBahagian XIIIBahagian XIVBahagian XV |Bahagian XVIBahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

The Sovereignplains

Yang Menguasai

Hari ini kita akan sambung membincangkan tentang maksud al-Fatihah, surah yang mesti dibaca dalam solat. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, tujuan kita supaya kita betul-betul khusyuk kepada Allah s.w.t. dalam solat dan menggerakkan hati kita dengan ayat-ayatNya. Ini memerlukan lebih daripada sekadar memahami apa yang dibaca, dan juga memerlukan refleksi terhadap setiap makna.

Kita telah bincang tentang Allah telah meletakkan ayat Ar-rahman Ar-Rahim sebelum memberitahu kita bahawa Dialah “yang menguasai hari pembalasan” – supaya kita tahu bahawa yang berkuasa pada hari tersebut adalah Tuhan yang Rahim. Walaupun tafsiran yang saya gunakan untuk “Maalik” adalah “Yang Menguasai”, dalam bahasa Arab, maksudnya sedikit berlainan bergantung kepada pembacaan. Bacaan yang popular berbunyi:

مالك يوم الدين

(Maaliki yawm al-deen)

Tapi mengikut satu lagi bacaan, ia dibaca dengan:

ملك يوم الدين

(Maliki yawm al-deen)

Kedua-duanya adalah cara yang betul untuk membacanya, dan kedua-duanya daripada nama Allah; namun ada sedikit perbezaan antara Maalik dengan Malik. Maalik bermaksud pemilik, sementara Malik bermaksud anda mempunyai kuasa ke atas sesuatu dan boleh berbuat mengikut kehendak anda. Seseorang boleh menjadi maalik dan bukannya malik, atau sebaliknya; contohnya, seorang Presiden berkuasa ke atas sebuah negara dan ada kuasa untuk bertindak dengan hasil negara itu, tetapi selepas 4 atau 8 tahun dia tidak memegang jawatan itu lagi. Dia malik, tapi bukan maalik kerana dia tidak mempunyai kedudukan yang kekal untuk memegang kuasa jawatan itu. Atau sebaliknya, anda mempunyai seorang raja atau permaisuri, yang memerintah sesuatu negara yang diwarisinya dari satu generasi ke satu generasi, tetapi di United Kingdom contohnya, mereka tidak ada kuasa untuk bertindak atau membuat keputusan (kuasa bertindak pada Perdana Menteri). Jadi raja ini dikira sebagai maalik, bukan seorang malik dalam maksud sebenarnya.

Allah (swt) kedua-dua Maalik dan Malik. Dia berkuasa penuh dan mempunyai kuasa ke atas hari pembalasan dan segala apa yang berlaku pada ketika itu.

Hari Pembalasan

Apabila kita membaca,

1:4

“Yang Menguasai hari pembalasan” (Qur’an 1:4).

Kita jarang memerhatikan kuasa perkataan-perkataan ini dan apa signifikannya. Hari Pembalasan adalah Hari Perhitungan, hari di mana kita semua akan kembali pada Tuhan untuk dihakimi tentang kehidupan kita di dunia. Mengapa Allah menekankan ini sedangkan Dia telah memberitahu kita dialah Tuhan dunia ini, yang termasuk Hari Perhitungan? Untuk mengingatkan kita tempat kembali akhirnya, dan menunjukkan kita semua yang dimiliki dan kuasa yang ada di dunia ini hanyalah sementara dan tiada yang tinggal melainkan kuasaNya ke atas semua perkara. Pada hari tersebut kita tidak mampu mengatakan sepatah kata pun melainkan dengan izinNya, seperti firman Allah:

78:38

“Pada hari yang berdiri ruh (Jibril) dan malaikat-malaikat berbaris-baris, mereka tiada bercakap-cakap, kecuali orang yang diizinkan oleh Rahman dan ia berkata dengan benar” (Qur’an 78:38).

Tiada siapa yang mampu memberikan syafaat melainkan Dia mengizinkannya:

مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ

“Tidak ada yang memberi syafaat di sisiNya, melainkan dengan izinNya” (Qur’an 2:255).

Kita juga perlu tahu bahawa Hari Perhitungan itu lebih dekat daripada yang kita fikirkan. Al-Qurtubi menyatakan bagi setiap orang yang mati, hari perhitungannya telah pun bermula. Tiada siapa yang boleh mengelaknya. Jika ada sesiapa yang boleh mengelakkan proses ini, tidak lain dan tidak bukan adalah Rasulullah ﷺ sendiri. Namun walaupun Rasulullah ﷺ sedang nazak, dia membasahkan mukanya dengan air dan berkata:

لا اله الا الله ان للموت سكرات

“Tiada yang layak disembah melainkan Allah; pastinya kematian ada azabnya” (Bukhari).

Senario hari tersebut

Kita semua tahu kemusnahan akan berlaku sempena hari tersebut. Allah memberitahu:

إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ    وَإِذَا النُّجُومُ انكَدَرَتْ    وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ    وَإِذَا الْعِشَارُ عُطِّلَتْ    وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ    وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ

“Apabila matahari telah digulung (telah hilang cahayanya), dan apabila bintang-bintang telah bertebaran (berjatuhan), dan apabila gunung-gunung telah diperjalankan (pecah belah jadi abu), dan apabila unta-unta bunting telah ditinggalkan (tidak dipedulikan), dan apabila binatang-binatang liar telah dihimpunkan (mati), dan apabila lautan telah dipenuhkan (melimpah ruah)…” (Qur’an, 81:1-6).

Untuk memahami maksudnya, kita boleh menonton pelbagai video uang menunjukkan kemusnahan disebabkan oleh rebut, gempa bumi, dan gunung berapi. Ini semua hanya perkara kecil jika dibandingkan dengan apa yang akan berlaku pada hari tersebut.

Kita akan bangkit dari kubur, dan mereka yang tidak percaya akan berkata,

36:52

“Mereka berkata: Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)? (dan dijawab), Inilah yang dijanjikan oleh Rahman dan teranglah kebenaran Rasul-rasul” (Qur’an, 36:52).

Pada hari tersebut matahari akan berada dekat, dan semua akan berpeluh sehinggakan sesetengah orang akan berpeluh sehingga ke dagunya. Orang-orang yang selamat hanyalah 7 golongan yang Allah telah janjikan syafaatNya. Semua orang dalam ketakutan sehinggalah

89:22

“Dan datang (perintah) Tuhanmu, dan malaikat berbaris-baris” (Qur’an, 89:22).

Dan cahaya Allah akan menerangi langit,

20:108

“Pada hari itu mereka mengikut (seruan) penyeru, tiada yang bengkok. Senyap sunyilah segala suara kerana takut kepada yang Maha Penyayang, sehingga tiada engkau dengar, kecuali suara halus (bunyi tapak kaki) (Qur’an 20:108).

Siapa yang akan selamat pada hari tersebut?

Jawapannya terdapat dalam surah al-Fatihah, dalam ayat berikut:

1:5

“Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan” (Qur’an 1:5).

Buktinya?

7:59

“Sesungguhnya telah Kami utus Nuh kepada kaumnya, lalu ia berkata: Hai kaumku sembahlah Allah, tidak ada bagimu Tuhan selain daripadaNya. Sesungguhnya aku takut, jika kamu (ditimpa) azab pada hari yang besar” (Qur’an 7:59).

Lantas menyembah Allah, yang menguasai hari pembalasan, akan menyelamatkan kita daripada seksaan pada hari tersebut, insyaAllah. Apabila kita membaca ayat-ayat ini, kita patut ingat bagaimana Allah iaitu Maalik dan Malik, bahawa kita akan kembali kepadaNya, dan tiada siapa yang dapat menyelamatkan kita pada hari tersebut kecuali Dia.

Semoga Allah memberikan kita kekhusyukan dalam solat kita. Amin.

About the author

Malay Translator

Add Comment

  • Assalamualaikum, saya sedang mengkaji perkataan Raja (Maalik) yang kedapatan dalam Al Quran. Apa perkaitan dan kepentingan al-Malik dalam sistem pemerintahan yang diredhai Allah s.w.t. Barangkali daptkita rungkai betapa entingnya Maalik dalam kebangkitan Islam di akhir zaman. Nyata rata-rata negara Islam yang mengenepikan sistem pemerintahan khalifah,Al-Sultan, Al-Malik, Amir al-Mukminin semuanya kecundang bila memilih sistem ‘de mo cra sy’.

  • […] XI | Bahagian XII | Bahagian XIII | Bahagian XIV | Bahagian XV|Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | […]

  • […] XI | Bahagian XII | Bahagian XIII | Bahagian XIV | Bahagian XV|Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII| Bahagian XXII | Bahagian XXIII […]

  • […] XI | Bahagian XII | Bahagian XIII | Bahagian XIV | Bahagian XV|Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII […]

  • Assalamualaikum, saya sedang mengkaji tentang islam yang di lihat pada sudut ‘yang menguasai hari pembalasan ‘ yakni surah alfatihah ayat 4

Leave a Comment