Malay

Merenung ciptaanNya

Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IX | Bahagian XBahagian XIBahagian XIIBahagian XIIIBahagian XIVBahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

milky way

Surah al-Fatihah adalah surah yang kita baca pada setiap rakaat dalam setiap solat – lebih 17 kali sehari. Oleh itu adalah penting untuk kita mengetahui makna secara terperinci tentang setiap ayat supaya kita boleh menghayati apa yang dibaca.

Hari ini kita akan memulakan satu usaha yang unik untuk menyemai dalam diri kita rasa kagum terhadap Tuhan, dan yang menariknya, jalan ke arah usaha ini hanya sedikit yang menjejaknya.

Allah berfirman:

10:101

“Katakanlah: perhatikanlah apa-apa yang di langit dan di bumi…” (Qur’an, 10:101).

Allah telah memerintahkan kita untuk memerhati dan fikir. Video berikut membawa kita ke suatu perjalanan yang hebat:

Betapa hebatnya perbandingan kita yang kecil ini dengan ciptaan yang lagi hebat. Pernahkah kita terfikir tentang jarak di antara kita dan syurga? Allah berfirman:

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ

“Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah, yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian dia bersemayam di atas ‘Arasy” (Qur’an, 7:54).

Pastinya kita tidak mengetahui maksud sebenar bagaimana Allah bersemayam di atas Arasy, seperti Allah juga mengatakan ‘tidak ada sesuatu apa pun sepertiNya” (Qur’an, 42:11). Bagaimana pun, ini bukanlah topik perbincangan kita hari ini. Jika apa yang kita lihat di dalam video itu sekadar samaa ad-dunya (syurga terendah),  bolehkah kita bayangkan terdapat tujuh tingkat syurga, dan akhirnya di atas syurga teratas itu, adalah Kursi dan ‘Arasy Allah?

Bolehkah kita bayangkan Kursi itu? Rasulullah ﷺ memberitahu kita:

ما السماوات السبع في الكرسي ، إلا كحلقة ملقاة بأرض فلاة

“Tujuh syurga itu tidak dapat dibandingkan dengan Kursi umpama sebentuk cincin yang dicampak ke padang pasir.” (Ibn Hajar)

Jika begitulah Kursi, bagaimana pula dengan ‘Arasy?

Baginda kemudian berkata:

فضل العرش على الكرسي ، كفضل تلك الفلاة على تلك الحلقة

“Dan kehebatan ‘Arasy itu dibandingkan dengan Kursi adalah seperti padang pasir itu dibandingkan dengan cincin itu.”

Bolehkah kita mula membayangkannya? Bagaimana kita boleh terlalu angkuh? Bagaimana kita boleh berdiri di hadapan Allah dan tidak merasa kemurahanNya dengan situasi kita? Kadang-kadang kita kagum dengan kehebatan manusia seperti menara tertinggi, terbang dalam pesawat mahupun teknologi pengklonan, tetapi bila kita menyelusuri kehebatan alam semulajadi ciptaan Allah (seperti dalam video di atas) dan kita akan merasa sangat terpesona. Setelah merenung semua ini, baca hadis Rasulullah ini:

فإذا صليتم فلا تلتفتوا فإن الله ينصب وجهه لوجه عبده في صلاته ما لم يلتفت

“Apabila kamu bersolat, jangan pandang sini atau sana kerana Allah menghadapkan wajahNya ke wajah hambaNya, selagi mana dia tidak berpaling.” (Tirmidhi)

Jadi bagaiman boleh kita berpaling? Bandingkan dengan apa yang kita lihat dalam artikel sebelumnya tentang sel. Semuanya bekerja tanpa perlukan tindakan kita, dan apabila kita meneruskan hari-hari kita Allah menggerakkan mereka dan memastikan mereka berfungsi. Kita hanya perlu berkata “Al-hamdu lilahi Rabb al-`alameen” (segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam).

Solat adalah suatu perbualan

Allah telah menyatakan dalam sebuah hadis qudsi tentang surah al-Fatihah:

“Aku telah membahagikan solat di antara Aku dan hambaKu, kepada dua bahagian, dan hambaKu akan mendapat apa yang dimintanya. Apabila hamba itu berkata, “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,” Allah berkata, “hambaKu telah memujiKu.”

Apabila hamba itu berkata “yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,” Allah berkata, “hambaKu telah menyanjungKu.”

Apabila hamba itu berkata “ Yang Menguasai Hari Pembalasan,” Allah berkata, “hambaKu telah memuliakanKu.”

Apabila hamba itu berkata “kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan,” Allah berkata, “ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”

Apabila hamba itu berkata “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat,” Allah berkata, “semua ini adalah untuk hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.” (Muslim)

Indahnya perbualan dengan Tuhan. Ibn Al-Qayyim mengatakan yang paling indah adalah ketika Tuhan mengatakan kita sebagai hambaNya. Kenang kembali ketika Allah mengangkat Rasulullah ﷺ semasa Israk dan Mikraj, Dia berfirman:

17:1

“Maha Suci Tuhan yang memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari, dari masjidil haram ke masjid yang amat jauh (baitulmaqdis), yang telah Kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (Qur’an, 17:1)

Menghambakan diri pada manusia membawa kepada penghinaan, namun menghambakan diri kepada Allah, disertai dengan cinta, adalah penghormatan yang tertinggi.

Semoga kita semua mengerjakan solat dengan rasa kagum kepada Pencipta kita. Amin.

About the author

Malay Translator

3 Comments

Leave a Reply to Rahsia solat: sujud X