Malay

Rendah Diri: Permulaan Solat

Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IX | Bahagian XBahagian XIBahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

image018Lower your head

Tundukkan kepalamu

Kita sekarang telah memulakan solat, dan kita perlu tundukkan kepala kita untuk menyanjung Allah s.w.t. Apabila Rasulullah ﷺ hendak  bersolat, dia akan menundukkan kepalanya dan menetapkan pandangannya ke tanah tempat baginda bersujud, dalam kerendahan hati kepada Allah s.w.t. Ibn Al-Qayyim berkata tanda seorang pencinta apabila bertemu kekasih hatinya adalah dia memandang ke bawah, dengan rasa malu dan sanjungan – inilah sepatutnya kita buat. Rasulullah ﷺ bersabda:

فإذا صليتم فلا تلتفتوا فإن الله ينصب وجهه لوجه عبده في صلاته ما لم يلتفت

“Apabila kamu bersolat, jangan pusing ke sana ke mari kerana Allah menghadapkan mukaNya terus ke muka hambaNya, selagi mana dia tidak berpaling.”  (Tirmidhi)

Rasulullah ﷺ turut bersabda:

لا يزال الله مقبلا على عبده ما لم يلتفت

“Allah (swt) tidak berhenti menghadap seseorang hamba di dalam solatnya selagi dia tidak berpaling.” (Abu Dawud)

Bagaimana jika kita berpaling? Rasulullah ﷺ berkata:

فإذا صرف وجهه صرف عنه

“… Jika dia berpaling, Allah (swt) akan berpaling daripadanya.” (Abu Dawud)

Dan ingat, ‘berpaling’ mempunyai 2 maksud,: 1) berpaling hati, bermakna tumpuan terganggu dan memikirkan perkara lain, dan 2) berpaling pandangan, iaitu memandang atas atau kiri kanan.

Jika anda bayangkan pertemuan dengan raja atau seseorang berpangkat tinggi, anda tidak akan berpaling ke kanan kiri, ataupun memandang terus ke matanya. Allah s.w.t. berkata tentang sifat rendah diri Rasulullah ﷺ, apabila Allah mengangkat baginda ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj:

53:17

“Tidaklah miring (salah) pemandangan (Muhammad) dan tidaklah pula melampauinya.” (Qur’an, 53:17)

Ibn Al-Qayyim berkata tindakan ini menunjukkan ketinggian adab. Amr bin Al-Aas r.a. sebelum memeluk Islam, berkata dia benar-benar tidak menyukai Rasulullah ﷺ selepas dia memeluk Islam, matanya tidak lekang untuk memandang Rasulullah ﷺ tetapi sekiranya diminta untuk menjelaskan tentang baginda, dia tidak dapat menceritakannya kerana dia tidak pernah melihat terus ke muka baginda – inilah adab dia di hadapan Rasulullah ﷺ

Rendah diri

Jangan fikir apabila anda merendah diri di hadapan Tuhan, anda melemahkan diri. Rasulullah ﷺ bersabda:

من تواضع رفعه الله

“Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan mengangkatnya.” (Muslim)

Mengangkat pandangan semasa solat adalah ditegah oleh Rasulullah ﷺ Sesetengah orang bertanya sekiranya perlu menutup mata? Menutup mata bukan daripada sunnah, tetapi Ibn Al-Qayyim mengatakan jika anda benar-benar tidak dapat khusyuk dengan mata terbuka, tidak mengapa untuk menutup mata.

Kedudukan tangan

Selepas kita mengangkat takbiratul ihram dan menundukkan pandangan dengan kerendahan diri kepada Allah s.w.t., kita letakkan tangan kanan ke atas tangan kiri, atau memegang pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan. Terdapat perbezaan pendapat tentang kedudukan tangan; sama ada di bawah pusat, seperti mana dalam mazhab Hanafi, atau di atas pusat seperti dalam mazhab Shafie. Boleh juga seperti pegangan sesetengah seseorang untuk meletakkan tangan ke atas dada, atau membiarkannya di sisi, seperti mana dalam mazhab Maliki.

Apakah sebabnya meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri? Imam Ahmad juga ditanya soalan yang serupa, dan menjawab, “Kerendahan diri kepada Allah. Jika kamu ingin memasuki istana, dan melihat mereka mendongak kepala dan tangan di pinggang mereka, dan melihat kumpulan yang lainnya dengan kepala yang tunduk dan tangan mereka dirapatkan ke dada, dan kamu tertanya ‘Siapakah raja dan siapakah hamba?’ Kamu pasti dapat memberikan jawapannya.”

Doa al-Istiftah – doa pembukaan

Ini adalah doa pembukaan yang dibaca sebagai kata-kata aluan kepada Tuhan. Apabila anda bertemu seseorang, terutama orang yang anda sanjung, anda pasti akan menegur mereka dengan baik. Dalam bahasa arab, terdapat pelbagai cara untuk menegur pelbagai orang. Contohnya, apabila mengucapkan selamat pagi kepada seseorang yang anda sayang, anda sebut, “Sabah al-khayr!” (selamat pagi) or “Sabah al-ward!” (pagi yang wangi). Dalam solat, doa pembukaan adalah sunnah, tapi di sini memandangkan kita ingin membaguskan solat kita, mari kita perbaguskan dari semua sudut dan solat sebagaimana Rasulullah ﷺ bersolat.

Jika seseorang yang anda sayang minta anda lakukan sesuatu dan anda tidak melakukannya, dan apabila dia memanggil anda, anda pastinya tidak akan menjawab tanpa rasa malu kerana tidak memenuhi permintaan tersebut. Ini sepatutnya keadaan kita dengan Allah, berapa banyak perintahNya yang tidak kita penuhi? Berapa banyak laranganNya yang kita langgar? Jadi apabila memulakan solat kita, kadang-kadang kita ada rasa tidak senang sebegini. Inilah sebabnya Rasulullah ﷺ ajar kita ayat-ayat yan g indah,  dalam doa pembukaan ini:

اللهم باعد بيني وبين خطاياي كما باعدت بين المشرق والمغرب اللهم نقني من خطاياي كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس اللهم اغسلني من خطاياي بالثلج والماء والب

Allahumma baa’id bayni wa bayna khataayaaya kama baa’adta bayna al-mashriqi wa’l-maghrib. Allahumma naqqini min khataayaaya kama yunaqqa al-thawb al-abyad min al-danas. Allaahumma ighsilni min khataayaaya bi’l-thalji wa’l-maa’i wa’l-barad.

“Ya Allah, besarkanlah jarak antara aku dan dosa-dosaku, sehebat jarak yang Engkau jadikan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku daripada dosa sebagaimana bersihnya kain putih daripada kotoran. Ya Allah, hapuskanlah dosaku dengan salji dan air dan hujan.” (Bukhari)

Dalam bahagian pertama, kita meminta Allah menjauhkan kita daripada dosa yang kita belum lakukan. Dalam bahagian kedua, kita meminta Allah untuk membersihkan kita daripada dosa yang telah kita lakukan. Dan bahagian ketiga lagi hebat, kerana kita meminta Allah untuk menyucikan kita. Pemilihan kata “salji dan air dan hujan” menunjukkan pembersihan dosa kita. Salji dan hujan memberi kedinginan, seperti mana keampunan Allah ke atas dosa-dosa kita.

Ada satu lagi doa istiftah yang menjadi kebiasaan Rasulullah ﷺ:

سبحانك اللهم وبحمدك وتبارك اسمك وتعالى جدك ولا إله غيرك

Subhanaka Allahuma wabi hamdik, wata-baraka ismuk, wa ta’ala jad-duka wala ilaha ghyruk.

“Maha Suci ke atas Engkau Ya Allah, dan segala puji bagiMu, dan berkat ke atas namaMu, dan tingginya kedudukanMu dan tiada siapa yang layak disembah melainkanMu.” (Sahih Jami’)

Apabila anda menyebut “subhanaka Allahuma wa bihamdik” anda mengatakan Allah mengatasi segala-galanya dan tiada cacat cela dan segala puji bagiNya; “tabarak ismuk” menunjukkan apabila nama Allah dikaitkan dengan sesuatu, Dia merahmatinya dan mengangkatnya; “wa ta’ala jadduk” adalah menyanjung ketinggian Allah; dan “la ilaha ghayruk” adalah hasil kepada semua yang telah dinyatakan tadi – bagaimana mungkin ada tuhan lain yang layak disembah apabila kita telah nyatakan semua sifat-sifat tersebut?

Indahnya doa ini, Rasulullah ﷺ berkata ia adalah salah satu ayat yang digemari Allah (Sahih al-Albani). Sebahagian ulamak menyatakan doa yang pertama dibacakan dalam solat fardhu, manakala yang kedua dalam solat sunat.

Dimulakan dengan doa ini untuk mengosongkan minda, merendahkan diri kita dan membuang gangguan sebelum kita mula membaca ayat Qur’an, insyaAllah.

About the author

Malay Translator

3 Comments

  • […] VI| Bahagian VII | Bahagian VIII| Bahagian IX | Bahagian X | Bahagian XI | Bahagian XII | Bahagian XIII | Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | […]

  • […] VI| Bahagian VII | Bahagian VIII| Bahagian IX | Bahagian X | Bahagian XI | Bahagian XII | Bahagian XIII | Bahagian XIV | Bahagian XV|Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX […]

  • […] VI| Bahagian VII | Bahagian VIII| Bahagian IX | Bahagian X | Bahagian XI | Bahagian XII | Bahagian XIII | Bahagian XIV | Bahagian XV|Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX […]

Leave a Reply to Ampunkan aku X