Malay

Solat Ali

Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI | Bahagian VII | Bahagian VIII | Bahagian IX | Bahagian X |Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Bila tibanya waktu solat, Ali r.a. akan mula menggigil dan warna mukanya akan berubah. Bila ditanya, “Apa yang tidak kena?” dia akan menjawab, “Masanya telah tiba untuk suatu amanah yang telah dikemukakan kepada langit dan bumi serta gunung-ganang dan mereka enggan memikulnya (Qur’an, 33:72), dan aku telah sanggup memikulnya.”

Solat mereka berbeza dengan kita, kerana perasaan mereka terhadap solat turut berbeza. Kita ingin menyemarakkan lagi rasa ini supaya kita dapat merasa kemanisan dalam solat ini.

Jadi kita telah selesai bermula daripada menghadirkan hati, kepada memamahi, kepada rajaa (telah ditafsirkan dalam siri sebelumnya). Dan sekarang kita mahu mengimbangi rajaa dengan sesuatu yang lain.

Sebelum bermula, saya ingin mengingatkan bahawa kita masih belum membuka kunci kepada kemanisan bersolat. Kita akan menerokanya nanti… tapi bukan hari ini.

Hayba

Hayba adalah suatu ketakutan yang kita patut ada terhadap Allah. Malangnya apabila ditafsirkan ke bahasa Inggeris, perkataan seperti ‘hayba’, ‘khashya’, ‘khawf,’ dan sebagainya akan hilang dalam tafsiran dan hanya ditafsirkan sebagai ‘takut’, sedangkan terdapat perbezaan halus tapi penting di antaranya.

Ibn Al-Qayyim telah menunjukkan kita perbezaan-perbezaan yang penting:

‘Khawf’ ialah melarikan diri dari perkara yang anda takut, dan tidak memerlukan pengetahuan tentang apa yang ditakuti. Anda boleh rasa takut, atau merasa ‘khawf’ terhadap kegelapan.

‘Khashya’ pula adalah takut dengan pengetahuan. Semakin banyak seorang hamba tahu tentang Tuhannya, semakin banyak ‘khawf’ yang menjadi ‘khashya’. Seperti firman Allah:

35:28

 

 

“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang yang berilmu” (Qur’an, 35:28).

“Only those fear Allah, from among His servants, who have knowledge” (Qur’an,35:28).

Tetapi ‘hayba’ adalah takut yang disertai dengan rasa hormat, kagum dan penyanjungan. Anda boleh merasakannya, contohnya takutkan api. Tapi takut itu adalah kerana api itu boleh membahayakan anda, tetapi api itu tiada ‘hayba’; anda tidak menyanjungnya. Tetapi seseorang ayah mungkin ada sedikit ‘hayba’ ini; anda akan menjadi takut apabila anda berbuat salah.

Pertama rajaa, sekarang hayba?

Bukankah kedua-dua ini rasa bertentangan? Bagaimana kita boleh menggabungkannya? Ia tidak susah kerana kita lakukannya setiap hari apabila kita berurusan dengan orang-orang di sekeliling kita. Seorang pelajar yang yang menghantar kertas peperiksaanya yang teruk kepada gurunya yang baik, akan takut gagal kerana dia tahu kertasnya itu teruk, tapi pada masa yang sama akan berharap, rajaa’, yang gurunya akan memastikan dia lulus kerana gurunya mempunyai belas kasihan.

Ini tidak terlalu berbeza apabila anda berurusan dengan Allah. Apabila anda tahu dosa anda dan berada di hadapan Allah, anda akan merasa takut tetapi pada masa yang sama anda berharap sifat pemurah Al-Kareem, yang Maha Pemurah. Ini amat jelas dalam sayyid al-istighfar” (penghulu kepada doa keampunan), doa yang digalakkan untuk diamalkan setiap pagi dan petang, yang telah Rasulullah ﷺ nyatakan sebagai cara terbaik memohon keampunan:

 

“Allahumma, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu, (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung padaMu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.”

Perhatikan dalam doa ini anda menggabungkan rajaa dan ketakutan, anda mengaku kesalahan anda, tetapi anda juga meminta Allah mengampunkannya.

Permata di sebalik ketakutan

Setiap perkara yang anda takut, anda lari daripadanya, kecuali Allah. Takut anda terhadap Allah menyebabkan anda lari kepadaNya. Allah berfirman:

51:50

“Maka segeralah kamu kembali kepada Allah” (Qur’an, 51:50).

Dalam doa Rasulullah ﷺ:

لا ملجأ ولا منجأ منك الا اليك

“Tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripadaMu selain bersamaMu.”

Rasulullah ﷺ juga bersabda:

اللهم إني أعوذ برضاك من سخطك، وأعوذ بمعافاتك من عقوبتك، وأعوذ بك منك لا أُحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك

“Ya Allah, aku mohon perlindungan denganMu untuk kesenanganMu dan daripada kemurkaanMu dan dalam keampunanMu dan daripada hukumanMu dan dalamMu daripadaMu. Aku tidak mampu membesarkanMu sepertimana Engkau membesarkan diriMu.” (Muslim)

Anda tahu kemurkaan Allah tetapi anda juga memohon perlindungan dalam keampunanNya, dan tahu perlindungan itu hanyalah dengan kembali kepadaNya. Ibn Al-Qayyim menyebut tentang doa ini khususnya bahawa iada sesiapa pun tahu tahap tauhid dan pengetahuan dan penghambaan dalam perkataan-perkataan ini kecuali mereka yang mempunyai pengetahuan yang mendalam. Dia berkata jika seseorang ingin mengkaji maksud keseluruhan doa ini, ia akan menjadi sebuah buku yang tebal, dan untuk mendapatkan pengetahuan seperti ini diumpamakan dengan sesuatu yang tiada mata pernah melihat, tiada telinga yang pernah mendengar dan tidak pernah dibayangkan oleh mana-mana manusia.

Pengetahuan tentang Allah dan pengetahuan tentang anda

Hayba merupakan tahap ketakutan yang paling tinggi, kerana ia bersekali dengan kagum, cinta dan pengetahuan. Ketakutan ini bertambah apabila seseorang hamba itu menambah pengetahuannya tentang Allah dan tentang dirinya. Apabila anda menambah pengetahuan tentang Allah, dan mengetahui kekuasaanNya dan keagunganNya, ketakutan anda bertambah. Pada malam Rasulullah ﷺ naik ke langit (mikraj), Rasulullah s.a.w. menyifatkan Jibril yang mempunyai 600 sayap dan malaikat yang terpilih untuk menyampaikan wahyu kepada Rasulullah ﷺ, dalam keadaan takut.

Dan apabila kita kenang kembali dosa-dosa kita, berbanding kekuasaan dan keagungan Allah, kita bertambah takut. Kita sedar kekurangan kita dan ketidakendahan kita, dan kenyataan bahawa kita diberikan peluang adalah kerana kesabaran Allah.

Kebanyakan rasa takut itu melemahkan semangat, kecuali takut kepada Allah, hayba, kerana hanya Allah yang akan memberi petunjuk kepada tempat yang terbaik: Syurga, insyaAllah.

Mari kita semaikan rasa hayba terhadap Allah ini, dengan rasa rajaa di dalam solat kita.

__

*Rujukan: Sesiapa yang membaca dengan keyakinan pada petang hari, dan mati pada malamnya akan masuk ke dalam syurga, dan sesiapa yang membaca dengan keyakinan pada waktu pagi dan mati pada hari itu akan masuk ke dalam syurga, Al-Bukhari 7/150. Sumber lain adalah An-Nasa’i and At-Tirmithi.

About the author

Malay Translators

8 Comments

Leave a Reply to Dengan Nama Tuhan X